Searching...

Pengguna Internet Terbanyak Di Dunia Ini, Apakah Kebiasaannya Mereka Buat?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

"Ikut rasa badan menjadi binasa" - Demikianlah itu merupakan pepatah Melayu yang membawa maksud ikut hawa nafsu yang cenderung kepada hiburan dan keseronokan. Jari kita yang mempunyai kuasa untuk meng-'klik' pada laman-laman web tertentu, tidak memiliki kuasa untuk berbuat demikian sekiranya aspek dalaman bagi tuan empunya jari itu tidak digerakkan terlebih dahulu. Justeru, pengguna internet terbanyak di dunia ini, apakah kebiasaan dan rutin harian yang mereka buat terhadap internet dengan berentakkan aspek dalamannya itu? Ada yang mengguna internet dengan cara yang elok, ada yang mengguna internet dengan cara yang tidak beretika, malah yang dilarang oleh agama pun ada!

Pengguna Internet Terbanyak Di Dunia Ini


Apakah Yang Membuatkan Hawa Nafsunya Bertambah Buruk?


Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, penyakit hati adalah paling berbahaya kerana hatilah yang menguasai tingkah laku individu. Namun begitu, hawa nafsu dapat mendominasikan hati menjadi bertambah buruk. Pengguna internet yang terbanyak di dunia inilah yang berkemungkinan ditunggangi hawa nafsu, sering kali melakukan perkara-perkara yang melalaikan diri mereka daripada mengingati Allah S.W.T. 

Bersama penggoda yang bernama syaitan, hawa nafsu cuba menguasai mereka dalam alam maya seperti facebook dengan menggalakkan diri mereka menulis status yang membuatkan dirinya sendiri itu berasa sangat sempurna dan takjub. Selain itu, ada pula sebahagian orang yang mengemukakan mesej dalam sesuatu komen di laman facebook tersebut berunsur cacian dan makian seolah-olah orang yang melihat mesejnya itu tidak berupaya muncul untuk bersemuka di hadapan matanya! Maka terbitlah perumpamaan bagi sesetengah orang yang bersifat demikian seperti berikut, "Dalam Alam Maya Berupa Singa, Bila Berada Di Depan Mata Berupa Kucing!"

Kawal Hati Dan Perasaan Kita Daripada Keinginan Nafsu Di Alam Maya


Oleh yang demikian, hendaklah kita kawal hati dan perasaan kita daripada keinginan nafsu di alam maya agar tidak terjerumus dalam kancah dosa pada mata dan jari kita yang mana kesan dosa bagi perbuatan tersebut akan membuatkan kita dipersoalkan mengenai perbuatan kita sewaktu di dunia dahulu, apabila kita berada di tengah padang mahsyar kelak. Sama ada kita kena merangkak untuk mencari orang yang kita pernah mencaci dan memaki terhadapnya dahulu, walaupun orang itu kita tidak pernah kenal dia sekalipun! Itu yang bahayanya selagi perbuatan jahat yang kita lakukan di alam maya tidak dimaafkan oleh orang yang pernah teraniaya disebabkan perbuatan kita sewaktu di dunia dahulu. 

Kita disuruh untuk menjaga hati masing-masing daripada melakukan perbuatan jahat di alam maya. Sekaligus dapat memelihara jari kita daripada menaip mesej-mesej yang tidak beradab dan juga meng-'klik' link URL yang terlarang. Adab bercakap atau mengungkap sesuatu pada seseorang di alam maya adalah hampir serupa dengan adab semasa berhadapan dengan seseorang di alam sebenar seperti berikut: 
  • Memberi salam.
  • Mengucapkan terima kasih, selamat hari raya dan sebagainya.
  • Menghulurkan doa, semoga sihat, semoga dipermudahkan urusan, selamat berjaya dan sebagainya.
  • Tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakitkan hati seseorang.
Menulis mesej dalam whatsapp, facebook chatting dan email itu ibarat kita bercakap dalam bilik yang gelap tanpa ada orang yang nampak! Timbul pula rasa seronok apabila bercakap, bagaikan tiada siapa yang melihat diri kita tanpa memikirkan ada yang Maha Melihat dan juga berserta malaikat yang mencatat tingkah laku kita pada waktu itu. Bukankah manusia itu umumnya lebih lancar percakapannya dalam gelap ataupun dalam keadaan tiada siapa yang melihat dan mendengarnya? 

Walau bagaimanapun, dalam internet bukan setakat sedikit yang melihat dan mendengar ungkapan kita, malah sampai beribu dan berjuta-juta yang melihat komen dan status bagi ungkapan kita. Cuma yang peliknya, kita tidak berasa nervous sedikitpun sekiranya perkara itu terjadi di alam maya selagi ianya tidak terjadi di alam sebenar iaitu orang yang melihat kita itu berada betul-betul di hadapan mata kita!

Didiklah Hati Kita Agar Jari Kita Tidak Terdorong Untuk berbuat Jahat


Hati kita perlu dididik supaya jari yang kita gunakan untuk menaip status atau komen dan meng-'klik' link URL akan sentiasa dikawal untuk perbuatan yang elok-elok sahaja. Internet adalah kemudahan untuk berhubung dari satu tempat ke satu tempat terutama bagi seseorang yang tinggal sangat jauh lebih-lebih lagi bagi mereka yang berada di luar negara. Jalur lebar pula adalah kemudahan untuk streaming video secara online, mencari maklumat dalam bentuk file yang bersaiz besar dan juga memuat turun sesuatu file yang boleh disimpan dalam memori gadgetmalah gadget tersebut boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Ini merupakan suatu nikmat yang tidak ada pada zaman dahulu yang mana datangnya dari Allah S.W.T dan kita tidak boleh menyalahgunakan nikmat tersebut ke arah kemungkaran.

Pernah ada seorang yang soleh dan warak memberi nasihat seperti berikut:

"Sekiranya mahu membuat maksiat kepada Allah, buatlah maksiat di tempat yang bukan milik Allah. Buatlah maksiat di tempat yang tidak dapat dilihat oleh Allah ataupun di tempat yang tidak diketahui oleh Allah." 

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan menjadi binasa. Dalam dunia internet yang serba-serbi canggih dan moden yang tidak terkawal ini, apabila seseorang itu terlajak menggunakan jarinya itu, maka meranalah ia di hari akhirat kelak jikalau ianya belum bertaubat kepada Allah S.W.T ataupun meminta ampun pada yang disakiti olehnya. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger