Searching...

Pengguna Internet Yang Berhemah Tidak Melakukan Perkara-perkara Seperti Berikut

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Internet adalah salah satu bentuk anugerah dan nikmat Allah sekiranya digunakan dengan cara yang betul, sepatutnya dan diredhai Allah S.W.T. Jadilah pengguna internet yang berhemah. Sekiranya skrin, tetikus dan papan kekunci dapat berkata-kata, tentu semua benda tersebut akan menegur mana-mana pengguna internet yang berbuat maksiat menerusi internet. Yang pasti, anggota tubuh seperti tangan dan kaki akan menjadi saksi pada hari akhirat sebagaimana yang tercatat dalam surah Yaasiin yang sering kita baca dan amalkan selalu kalau kita jenis orang yang selalu beringat.

Pengguna Internet Yang Berhemah


Pengguna Internet Yang Berhemah Dan Beretika Yang Dianjurkan Oleh Islam


Hari akhirat juga turut dikenali sebagai hari penyesalan. Setiap orang akan dihitung amalannya di dunia dan menyesal akan perbuatannya apabila ia tiba di akhirat nanti sekiranya di dunia dahulu pada zaman internet mengembang luas, mereka tidak tergolong dalam golongan sebagai pengguna internet yang berhemah dan beretika yang dianjurkan oleh Islam berserta tidak mengabaikan tanggungjawab-tanggungjawab yang wajib ditunaikan olehnya agar tidak memberi kesan-kesan seperti berikut:
  1. Anak menyesal kerana kurang menghormati dan membuat kebajikan kepada ibu dan bapanya.
  2. Pelajar menyesal kerana kurang bersungguh-sungguh menggali ilmu.
  3. Suami dan isteri serta ibu bapa menyesal kerana kurang memberi kasih sayang dan bimbingan kepada ahli-ahli keluarganya.
  4. Hamba Allah menyesal kerana kurang tekun beribadah kepada Allah S.W.T serta:
    • Menyesal kerana kurang mengoptimumkan tangan dan kaki untuk jalan kebaikan.
    • Menyesal kerana kurang mengoptimumkan pendengaran, penglihatan, pemikiran, dan pertuturan untuk jalan kebaikan.

Kenapa Bil Elektrik Mahal Sekalipun Orang Sanggup Bayar?


Kenapa bil elektrik mahal sekalipun orang sanggup bayar? Sedangkan hendak menghasilkan iman yang mahal sekalipun orang tidak sanggup buat! Sekiranya skrin dan papan kekunci dapat bergerak, bagi pengguna yang menyalahgunakan penggunaan internet, barangkali skrin akan mogok dengan melancarkan blackout iaitu enggan menayangkan sebarang visual. Tetikus pula berlari menyembunyikan dirinya seperti tikus yang ketakutan terhadap pemangsanya. Manakala papan kekunci menggerakkan butang-butang huruf pada kekunci itu sendiri berulang-ulang kali untuk membentuk ayat-ayat seperti berikut:
  1. Allah melihat apa yang kamu buat.
  2. Iman inside itu bukan sekadar di lidah dan di hati, tetapi dibuktikan melalui amalan!
  3. Mati akan datang pada bila-bila masa sahaja.
  4. Jangan berlagak apabila boleh membayar bil internet dan bil elektrik yang mahal. Dengan apa yang boleh dibayar untuk "bil dosa-dosa yang mahal" pada mata dan jari kamu?
Sekiranya tetikus boleh berubah menjadi tikus, apabila pengguna internet yang tidak berhemah dan tidak beretika dengan asyik mengklik link-link URL yang tidak senonoh, tidak sepatutnya dan bukan-bukan sama ada ianya suatu bentuk hiburan yang sungguh melalaikan, sudah tentu jari jemari mereka tersebut akan digigit tanpa sebarang belas kasihan!


Pengguna-pengguna Internet Khususnya Orang-orang Islam


Justeru, mata pengguna-pengguna internet khususnya orang-orang Islam zaman sekarang lebih cenderung melihat pada skrin iaitu skrin komputer, laptop dan smartphone yang mana merupakan suatu bentuk hiburan menerusi internet yang lebih cenderung ke arah aktiviti yang melalaikan dan perbuatan yang tidak bermanfaat dengan sekadar membuang masa semata-mata dengan tidak ambil kisah terhadap aktiviti-aktiviti harian yang boleh menyihatkan tubuh badan mereka sekiranya mereka tidak menggunakan internet secara beretika mengikut landasan Islam.

Alangkah ruginya mereka sekiranya tidak mempedulikan masa yang berlalu itu dengan mensia-siakannya begitu sahaja. Sekiranya juga mereka tidak mampu untuk mengawal nafsu serakah mereka pada hiburan internet, maka mereka boleh sahaja melihat pada keindahan alam, melihat ayat-ayat suci Al-Quran dan melihat pada perkara-perkara yang berfaedah demi menambahkan amalan-amalan mereka yang sedia maklum semakin hari semakin menipis dek kerana pertambahan jumlah dosa-dosa mereka yang telah dibuat oleh mereka pada setiap masa.

Alangkah beruntungnya bagi mereka yang mengkiblatkan matanya ke arah perkara-perkara yang bermanfaat iaitu dengan menggunakan internet secara berhemah mengikut landasan Islam, mata berkiblatkan ke arah sejadah yang menghala ke arah kiblat rumah Allah dan matanya merenung ayat-ayat suci Al-Quran untuk dibacanya ketika lapang. Subhanallah. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger