Searching...

Adakah Menulis Dan Membaca Novel Dibolehkan Dalam Islam?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Seseorang itu boleh menulis novel dan dia tahu, tujuan dia tulis novel itu untuk orang ramai yang suka membaca ataupun jenis yang 'ulat buku'. Boleh dikira cukup sekadar mempelajari tatabahasa dalam penggunaan ayat-ayat dalam novel. Namun begitu, adakah menulis dan membaca novel dibolehkan dalam Islam? Orang lain memang sedia maklum dan faham bahawa penulis novel cuma me-reka jalan cerita tersebut. Penulis novel tidak kata cerita itu benar-benar wujud. Penulis tersebut membuat watak dia sendiri, me-reka jalan cerita sendiri untuk menjadi sebuah novel dan orang ramai pun membaca jalan cerita yang dibuat oleh penulis tersebut untuk dijadikan pengajaran. Jalan cerita dibuat macam cerita-cerita andaian seperti misal atau contoh yang direka atau dibuat-buat seakan-akan benar-benar terjadi dalam kehidupan sebenar. Cerita itu tidak wujud dalam kehidupan sebenar, tetapi penulis novel menekankan watak dalam cerita, dan membuat cerita itu seolah-olah cerita tersebut benar-benar 'hidup' dalam kehidupan sebenar yakni seakan-akan sama dari segi pengalaman orang yang pernah melalui jalan cerita tersebut.

Kehidupan Bukanlah Seperti Dalam Sebuah Novel

Nabi S.A.W pun ada buat misalan iaitu seumpama-seumpama yang sedemikian dalam sesebuah hadis. Novel pun turut tidak ketinggalan terjebak sama dalam andaian yang direka seakan-akan sama dalam kehidupan sebenar yang pernah dilalui oleh sebahagian manusia. Kehidupan bukanlah seperti dalam sebuah novel, tetapi kalau kita mahu membaca novel itu atas kehendak kitalah. Tiada larangan. Sudah tentu dibolehkan untuk membaca novel. Tetapi jangan sesekali 'beriman' dengan novel tersebut. Maksudnya percaya bulat-bulat dari A sampai Z berkenaan dengan apa yang ada dalam novel itu.

Novel iaitu watak dan jalan cerita seratus peratus direka dan ditulis oleh penulis novel itu sendiri. Sedangkan kehidupan yang hakiki ditulis oleh Tuhan Allah S.W.T. Apabila kita tulis watak, kita buat andaian bahawa watak ini menjadi plot yang mencemaskan, selepas itu menjadi plot sedih, selepas itu menjadi plot yang terseksa dan kemudian menjadi plot yang berjaya terus dengan title, 'happy ending' iaitu 'kemenangan' agar mudah bagi pembaca-pembaca yang membaca novel itu berpuas hati dengan jalan cerita yang penuh dramatik yang hendak disampaikannya itu.

Tidak Tahu Siapakah Yang Akan Menang Pada Penghujung Jalan Ceritanya

Secara umumnya, watak utama yakni 'hero' akan berjaya pada penghujung bacaan novel itu nanti ataupun orang yang dizalimi berjaya bebas daripada kezaliman melainkan filem-filem yang dikeluarkan dalam negara Iran, kalau kita tengok, kita berasa tidak puas hati dan tidak tahu siapakah yang akan menang pada penghujung jalan ceritanya kerana hendak menyuruh pembaca berangan seketika dengan mereka-reka atau membuat andaian sendiri jalan cerita yang seterusnya dalam filem tersebut. Dengan demikian maka itulah yang dikatakan kehidupan dalam sesebuah novel.

Berlainan pula dengan kehidupan yang ditentukan oleh Allah S.W.T apabila kita tengok seseorang itu yang mana orang itu susah dan hidup penuh menderita bahkan ada orang yang menzalimi diri dia, dan kemudian mati dalam keadaan diri dizalimi. Itu yang zahir kita boleh tengok sekiranya kalau kita menulis cerita dalam novel, maka macam itulah yang terjadinya dalam cerita. Tetapi di sisi Allah S.W.T mungkin lain. Di sisi Allah, bagi diri yang dizalimi tersebut mungkin betul sebagaimana yang kita tengok, mungkin juga lain, dan mungkin ada rahsia yang kita tidak tahu. Allah Sahaja yang tahu mungkin orang yang dizalimi itu, pernah menzalimi orang lain.

Penceramah Yang Duduk Di Depan Dinilai Oleh Orang Ramai Yang Hadir

Kita tengok seorang penceramah yang duduk di depan dinilai oleh orang ramai yang hadir untuk mendengar ceramahnya. Mungkin satu nilai yang baik, tetapi di sisi Allah S.W.T, kita sendiri tidak tahu bahkan yang bagi ceramah itu sendiri pun tidak tahu apa yang Allah nilaikan terhadap dirinya yang sedang berceramah itu. Mungkin penceramah itu tidak ikhlas memberi ceramahnya, mungkin datang berceramah semata-mata mahukan habuan wang, mungkin sekadar menunjuk-nunjuk akan kehebatannya atau sebagainya. Allah Maha Mengetahui apabila Dia mengakhirkan sesebuah cerita ataupun Dia menjalani hamba-hamba-Nya dengan semua jalan iaitu kenapa hamba Allah ini masuk ke jalan itu dan kenapa hamba Allah ini melalui jalan ini pula. Allah Maha Mengetahui dengan segala hikmah.

Allah S.W.T Menjadikan Kehidupan Maryam Pada Waktu Itu Memang Susah

Maryam Alaihaassalam iaitu ibu Nabi Isa Alaihissalam mengandung dan lama dia menanggung masalah mengandungnya dengan impak orang di sekelilingnya yang suka mengata-ngata pada diri dia sehingga dia membawa dirinya ke sana ke sini pun orang masih mengata, mengeji dan mengutuk dia sebelum Nabi Isa Alaihissalam hendak dilahirkan. Selepas itu Allah S.W.T menjadikan kehidupan Maryam pada waktu itu memang susah pula dan hendak membawa Nabi Isa dalam kandungannya pun sangatlah letih sehinggakan duduk di bawah pokok kurma dalam keadaan letih sepertimana yang diceritakan dalam Al-Qur'an.

Sepatutnya Allah S.W.T membantu luruhkan habis buah kurma untuk memberi rezeki kepada Maryam pada waktu itu, namun begitu Allah menyuruh Maryam menggoyangkan pokok kurma berkali-kali untuk mendapatkan buah kurma tersebut. Allah S.W.T menyuruhnya untuk berusaha semampunya pada ketika itu. Itulah yang Allah mahu. Tetapi Allah mempunyai episod jalan cerita yang lain untuk Maryam yang mana pada akhirnya sekian-sekian dipuji oleh orang-orang yang benar seperti kita. Manakala dipuja oleh orang yang sesat pula telah meletakkan Maryam dengan nama 'Mary' iaitu patung-patung Maryam setelah beribu-ribu tahun lamanya.

Jelaslah bahawa Allah S.W.T dengan segala keajaibannya dalam jalan cerita seseorang hamba-Nya itu. Itu belum lagi cerita episodnya manusia akhirnya ke syurga ataupun ke neraka. Novel kita boleh tulis, dan kita baca apa yang orang lain tulis maka kita pun sedih tapi bukannya hakiki yakni tidak benar jalan ceritanya. Ia cukup sekadar imajinasi seorang penulis. Walaupun sekadar imajinasi, namun adakalanya pembaca yang mana selepas membaca jalan cerita tersebut, berasa amatlah sedih lalu menangis sedangkan ianya cuma imajinasi semata-mata. Realiti kehidupan seseorang itu hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Jadi, kita patut tangisi kehidupan yang realiti itu.

Nota kaki: Ramai orang berminat untuk membaca atau menulis novel kerana penulis yang menulis sesuatu novel memang boleh dapat menghasilkan wang sehingga RM80,000 pendapatannya.

Wallahua'lam. Sumber dari ceramah yang diyakini (sila klik).

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger