Searching...

Apakah Maksud Perkataan RadhiAllahuanhum Untuk Para Sahabat Nabi S.A.W?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Maksud Perkataan RadhiAllahuanhum Untuk Para Sahabat Nabi S.A.W adalah redha Allah S.W.T sampai kepada mereka. Supaya kita berdoa kepada Allah S.W.T agar Allah redha terhadap mereka. Orang zaman sekarang secara tidak langsung turut mendoakan orang yang terdahulu iaitu para sahabat RadhiAllahuanhum Ajma'in apabila kita menyebut perkataan sedemikian. Para ulama' yang menjadi tradisi ilmu, maka kita mendoakan rahmat buat mereka dengan perkataan tersebut. Maka kita sebut Imam Asy-Syafi'e Rahimahullah dan begitu juga Imam-Imam yang lain dalam mazhab Ahli Sunnah Waal Jamaah dengan perkataan "Rahimahullah".

Hikmah Disebalik Perkataan RadhiAllahuanhum Untuk Para Sahabat Nabi S.A.W dan juga Para Ulama'

Kadang-kadang kita tidak bersetuju dengan pendapat para ulama'. Kemungkinan ada pendapat mereka yang tidak sama dengan mereka yang lain yakni kita sebut "khilaf" ataupun ada nas-nas yang lain dan kita rasa ianya lebih kukuh iaitu hujah para ulama' yang lain yang kita sependapat.

Para sahabat bahkan para ulama' turut telah melakukan kesilapan ataupun mereka pernah melakukan dosa kerana mereka bukan maksum seperti Rasulullah S.A.W. Sebab itu Allah S.W.T mengajar kita iaitu Allah tidak akan membebankan sesuatu yakni diri seseorang itu melainkan dengan kadar yang seseorang itu mampu tanggung. Seseorang itu juga tidak akan menanggung dosa orang lain.

Kemudian Allah S.W.T ajar kita dengan doa, 

رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِنْ نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا
Maksudnya: "Ya Allah jangan Kau ambil tindakan terhadap kami melainkan jika kami lupa ataupun silap". 

Kalau 'kita' pun berdoa, bahkan para ulama' lagilah berdoa kepada Allah agar Allah tidak akan ambil tindakan ke atas mereka, maka kita percaya bahawa Allah tidak pun akan mengambil tindakan terhadap mereka.

Kita Hendaklah Sentiasa Beradab Pada Para Ulama'

Oleh sebab itu, semua di antara mereka itu pada husnudzon kita (sangka baik kita), mereka ingin mencari kebenaran. Kemungkinan mereka tersilap, dan kita berharap yang tersilap itu termasuk di dalam doa seperti yang Allah ajarkan kepada kita seperti di atas. Kita boleh sahaja mengkritik pandangan mereka yang silap itu, tapi kita tidak boleh sesekali mengkafirkan orang terutamanya mereka disebabkan oleh pandangan mereka yang silap itu. Kita hendaklah sentiasa beradab pada para ulama' yakni mereka kerana dengan demikian itulah yang diajarkan oleh Al-Qur'an terhadap kita. 

Ini membezakan kita dengan jalan yang diambil oleh sebahagian manusia yang suka memaki hamun para ulama', yang mengkafirkan Ibnu Taimiyah, yang mengkafirkan Ibnu Qayyim dan mengkafirkan berbagai-bagai para ulama' lain yang berbeza pendapat daripada sebahagian manusia tersebut. Na'uzubillah.

Kita mungkin kata, kita tidak setuju dengan beberapa pandangan seperti contoh Imam Ghazali seumpamanya. Tetapi kita sebut beliau dengan perkataan, "Al-Imamu Ghazali Rahimahullahu Ta'ala" disebabkan kita beradab dan ini adalah adab yang terbaik yang diajar oleh Allah S.W.T terhadap kita dan diambil oleh orang-orang yang soleh sepanjang zaman dan kita mengikutinya secara turun-temurun. 

Sumber dari ceramah Dato' Dr Asri Zainul Abidin (rujuk video):

Nota kaki: 

Imam Bukhari ditindas, dibuang negeri, wafat dalam buangan dan dituduh sesat pada zamannya tapi sampai sekarang orang merujuk kepada Hadith Sahihul Bukhari.

Imam Ahmad Bin Hanbal di bawah tiga khalifah beliau diseksa, dihukum sesat dan dimasukkan penjara tetapi sekarang orang tetap menyebutnya Imam Ahli Sunnah Waal Jamaah.

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger