Searching...

Bagaimanakah Caranya Seseorang Itu Tidak Akan Menanggung Dosa Orang Lain?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Adakah benar seseorang itu cuma berhak ke atas dosa bagi dirinya sendiri sahaja? Bagaimana pula dengan dosa si anak dan si isteri, adakah si suami yang kena tanggung? Itu cerita lain dalam bab tanggungjawab dalam rumahtangga dan keluarga. Yang pastinya seseorang itu tidak akan menanggung dosa orang lain. Bagaimanakah caranya seseorang itu tidak akan menanggung dosa orang lain? Sesuatu pemberian yang kita terima, hendaklah kita tanya status pemberian itu. Kalau dia bagi atas dasar pemberian, maka hukumnya pemberian. Manakala kalau dia bagi atas dasar hutang, maka hukumnya hutang. Sebab itu akad adalah sesuatu yang penting. Masih keliru lagi? Mari ikuti kisah di bawah.

Apakah Hukum Si Pemiutang Tuntut Duit Daripada Si Penghutang?

Ada seseorang yang mana hutangnya berjumlah RM10,000 dan sudahlah lama dia belum pernah membayar balik hutangnya itu, bahkan telefon pun dia tidak pernah angkat apabila si pemiutang membuat panggilan terhadapnya. Selepas 5 tahun kemudian, muncullah si penghutang itu dengan membawa sejumlah wang yang bernilai RM10,000 hasil dia menang loteri dan kemudian dia mahu membayar hutang terus kepada orang yang dia pernah berhutang tempoh hari 5 tahun dulu. Apakah hukum si pemiutang tuntut balik duit daripada si penghutang?

Jawabnya boleh tuntut duit tersebut kerana si pemiutang memang layak untuk tuntut kembali duit hutang yang belum dijelaskan oleh si penghutang tersebut yang mana sudah sekian lama bertahun-tahun tertangguh bayarannya. Tidak perlu si pemiutang itu bertanya pasal duit yang dituntut itu berasal dari sumber yang halal ataupun yang haram. Tidak perlu sama sekali kerana kita tidak disuruh untuk pergi ke peringkat sebegitu. Ini terbukti melalui hadis, Nabi S.A.W pernah menerima pemberian daripada orang Yahudi walaupun orang-orang Yahudi terkenal dengan riba' dan seumpamanya dan juga Baginda S.A.W pernah menerima hadiah daripada maharaja-maharaja walaupun kadang-kadang maharaja-maharaja itu pernah melakukan kezaliman dalam kalangan mereka. Selain itu, pemberian daripada kerajaan berkenaan dengan duit bantuan rakyat (BR1M) yang mana duit kerajaan tersebut terkandungnya duit cukai arak dan cukai judi. Tetap kita sebagai rakyat marhaen boleh menerima duit tersebut sebagai golongan yang layak menerimanya.

Melainkan kalau seseorang itu beri kepada kita, dengan bertujuan untuk meraikan kezaliman atau kemaksiatan yang dia lakukan seperti contoh, "Semalam, nombor ramalan yang aku tikam kat kedai magnum 4D kena beb. Malam ni aku belanja kau makan kat Kenny Rodgers". Memang hukumnya haram atas dasar dia menyokong dan menggalakkan perbuatan mungkar yang dia lakukan dan kita pula meraikan perbuatan mungkar tersebut. 

Tidak Perlu Hendak Menyiasat Segala Bentuk Sumber Pemberian Itu

Kita tidak disuruh untuk bertanya mengenai soalan yang dirasakan remeh dengan bertujuan untuk mengetahui sumber pemberian tersebut datang dari mana sama ada sumber tersebut halal ataupun haram apabila ada seseorang yang mahu memberikan sesuatu dalam bentuk pemberian terhadap kita. Semua itu tidak perlu. Tidak perlu hendak menyiasat segala bentuk sumber pemberian itu kelak kita tergolong dalam golongan orang yang menyakiti hati orang yang mahu berbuat baik terhadap kita. Dari situ pula datangnya dosa yang kita lakukan.

Seorang suami mencari sumber rezeki yang tidak diketahui oleh isterinya entah dari mana datangnya sumber tersebut. Adakah dari sumber yang halal ataupun yang haram dan sumber tersebut adalah was-was dan menghampiri kepada syubhah. Hukumnya, Si isteri menerima rezeki daripada si suaminya itu secara halal kerana rezeki itu adalah nafkah zahir bagi dirinya yakni keperluan yang wajib diterima oleh si isteri tersebut daripada si suaminya itu. Rezeki daripada si suami adalah tanggungjawab suami yang wajib diberikan terhadap isterinya.

Seolah-olah Mereka Mengambil-alih Kerja Tuhan

Ada sebahagian ustaz dan pakar motivasi mengatakan, kalau sekiranya seseorang ayah mendapat hasil pendapatan yang haram, anak yang makan daripada hasil pendapatan ayahnya itu nanti kelak anak tersebut akan menjadi bodoh. Ayah kepada anak itu yang buat perkara haram, anak pula kena hukum jadi bodoh? Adakah adil dengan mengatakan sedemikian? Seolah-olah mereka mengambil-alih kerja Tuhan yang sepatutnya menghukum orang yang berbuat salah dan dosa. Bukan sepatutnya orang lain yang tidak pernah buat salah tetapi kena hukuman! Allah S.W.T Maha Adil. Seorang ayah yang telah buat salah dan dosa, maka seorang ayahlah yang kena hukum jadi bodoh dan bukan anaknya yang kena hukum! Anaknya cuma sekadar terima nafkah daripada ayahnya. Anak tidak akan menanggung dosa ayahnya, dan begitu juga isteri tidak akan menanggung dosa suaminya.

Ini berpandukan pada ayat 164 Surah Al-An'aam:
وَلاَ تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى

Maksudnya: "Seseorang yang boleh menanggung dosa, tidak akan menanggung dosa orang lain."

Sekiranya kita tidak tahu konteks fiqh dalam agama, maka kita akan mendapat padah. Allah S.W.T tidak akan menzalimi hamba-hamba-Nya. Oleh sebab itu, pandangan-pandangan agama sebegini jangan bagi terlajak. Kalau terlajak, bagi orang yang mendengar itu jadi sedap untuk didengar seperti kita mendengari leteran penceramah motivasi. Memanglah syok. Tetapi, apabila sudah menjadi terlajak, maka orang ramai yang mendengarkannya itu akan membuat kesimpulan bahawa Tuhan itu tidak adil. Na'uzubillahiminzalik. Adalah mustahil Allah S.W.T bersifat dengan sifat tidak adil.

Wallahua'lam. Sumber dari ceramah yang diyakini (sila klik).

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

1 comments:

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger