Searching...

Solat Hajat Ringkas Yang Ramai Orang Tidak Sedar Hari-hari Mereka Lakukan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Solat hajat ringkas wujud dalam semua solat sunat yang kita tidak sedar dan boleh dikatakan hari-hari kita kerjakan selama ini. Sebelum ini, kita sedia maklum bahawa memang adanya solat hajat. Namun begitu, ada golongan yang menolak solat hajat kerana bagi mereka tidak sabit daripada hadis. Tetapi jika kita lihat secara keseluruhan, ada hadis-hadis yang tidak sabit langsung berkenaan dengan solat hajat. Ada hadis yang tidak sahih antaranya ialah hadis daripada Abdullah Bin Mas'ud yang menyebut solat hajat sebanyak 12 rakaat dan disokong oleh Imam Ghazali Rahimahullah akan amalan itu. Tetapi, hadis ini telah dihukum sebagai hadis maudhu' iaitu hadis palsu oleh Imam Ibnu Jauzi kerana dalamnya terdapat seorang rawi Amru Al-Balkhi yang dilabel sebagai pendusta. Dalam hadis palsu tersebut disuruh membaca Al-Fatihah semasa sujud yang mana kadang-kadang ada orang yang melakukannya.

Solat Hajat Ringkas Berdasarkan Pendapat Yang Ramai Orang Rujuk

Berlainan pula dalam hadis Muslim yang diriwayatkan oleh Ali Bin Abi Talib, bahawa Nabi S.A.W melarang baca Al-Qur'an semasa sujud dan ruku'. Ada riwayat yang mengatakan solat hajat 12 rakaat, kemudian selepas daripada solat tersebut mempunyai bacaan-bacaan lagi. Namun begitu, Al-Imamu Syaukani telah mengkritik pendapat riwayat tersebut. Ada riwayat yang mengatakan solat yang mana malaikat jibrail bawa kepada Nabi S.A.W dan pendapat ini merupakan pendapat yang sangat-sangat dhaif dan tidak sahih.

Selain itu, ramai di antara kita yang melakukan solat hajat ringkas berdasarkan pendapat yang ramai orang rujuk dan guna pakai dalam hadis iaitu hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Bin Abi Aufa dalam Sunan Al-Tirmizi dan Ibnu Majah di mana Nabi S.A.W bersabda, "Sesiapa yang ada hajat kepada manusia ataupun kepada bani Adam, hendaklah dia berwudhu', memperelokkan wudhu'nya, kemudian sembahyang dua rakaat, kemudian dia puji dan puja Allah dan kemudian dia berselawat ke atas Nabi S.A.W. Kemudian dia kata...(dalam bentuk doa, rujuk pada gambar di atas)."

Ramai yang merujuk hadis tersebut. Walaupun tidak palsu, tetapi mempunyai rawi yang sangat lemah iaitu Waafiq Bin Abdirrahman yang dirujuk dalam sanad rawi tersebut. Waafiq Bin Abdirrahman Al-Kufii merupakan seorang rawi yang Ibni Hajar menyebut sebagai matruk wattahmud. Jadi, hadisnya adalah dhaaif yakni lemah menyebabkan sebahagian orang yang tidak mahu sembahyang hajat itu atas diri masing-masing. Ada lagi satu hadis yang diriwayatkan oleh Ali Bin Abi Talib pun juga dhaaif.

Hadis Dhaaif Dapat Disokong Dengan Riwayat Sahih

Ada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda' dalam musnad Imam Ahmad di mana Nabi S.A.W bersabda, "Sesiapa yang berwudhu' elok-elok, kemudian dia bersembahyang dua rakaat, kemudian dia meminta kepada Allah, dan dia tidak meminta kepada Allah sesuatu pun melainkan Allah akan beri kepadanya sama ada cepat atau lambat". Hadis tersebut adalah daripada riwayat yang sahih ataupun hassan.

Dengan itu, dapat kita simpulkan bahawa hadis dhaaif dapat disokong dengan riwayat sahih tersebut yang baru sebentar tadi. Cuma yang tidak sahihnya adalah kayfiat iaitu cara-cara hendak sujud berserta bacaan doa dalam sujud, itu sememangnya tidak sahih. Tetapi sembahyang dua rakaat kemudian berdoa kepada Allah S.W.T sebagai solat hajat, itu merupakan pendapat jumhur ulama' maka pendapat tersebut lebih kuat dan sahih. Oleh sebab itu, Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 45:

وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ
Maksudnya: "Maka mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan mengerjakan solat".

Sesiapa sahaja yang berhajat kepada Allah S.W.T, dia solat dua rakaat, dan kemudian dia minta hajat kepada Allah melalui doanya. Kalau itulah yang dinamakan solat hajat, maka itulah sebenar-benarnya solat hajat dan boleh disokong oleh hadis-hadis tersebut di atas. Cumanya semasa sujud ada baca apa-apa ke, itu sebenarnya memang tidak sabit. Tetapi solat dua rakaat dan meminta hajat adalah sabit. Al-Qur'an ada menyebutkan tentang hal yang sama.

Nabi S.A.W Cuma Sebut 'Solat Dua Rakaat' Dalam Hadis

Tidak ada riwayat hadis Nabi S.A.W yang menyebutkan bahawa baginda berjemaah untuk bersembahyang hajat. Cumanya kalau hendak adil akan hal ini, memang ada para ulama' menyebutkan hal sembahyang sunat ini, boleh berjemaah secara jarang-jarang yakni kadang-kala asalkan tidak dijadikan seperti kebiasaan. Jadi, kalau ada seseorang yang bersolat dengan isterinya umpamanya, kemudian mereka berdua meminta hajat untuk anaknya sembuh daripada sakit dan seumpama dengannya, demikian itu adalah tidak mengapa. Ataupun apa-apa solat yang hendak seseorang itu bersembahyang, kerana Nabi S.A.W cuma sebut 'solat dua rakaat' dalam hadis!

Kita selama ini pernah buat bermacam-macam solat sunat. Asalkan solat sunat majoritinya dua rakaat, tetapi kita tidak menamakannya sebagai solat sunat hajat pun kerana kita sebagai orang melayu, apa yang kita faham sebelum bersembahyang sunat minta hajat hendaklah kena berniat dahulu dengan lafaz niat 'solat sunat hajat'. Itulah penyebab masalahnya! Tetapi apa yang kita sibuk buat selama ini, jikalau kita mempunyai hajat dan masalah, maka kita pun bangun pada tengah malam. Sebelum kita berdoa pada masa itu, kita perlu bersembahyang terlebih dahulu! Betulkan? Lazimnya sembahyang tahajjud. Hakikatnya memang sama. Tidak kira kita mahu bersembahyang sunat dhuha pada waktu dhuha atau seumpamanya. Jika kita sertakan doa pun dikira kita berhajat kepada Allah S.W.T. Itulah dinamakan solat hajat ringkas.

Wallahua'lam. Sumber yang sahih daripada ceramah yang diyakini (sila klik).

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger