Searching...

Adakah Manusia Boleh Melihat Dan Membunuh Jin?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Adakah manusia boleh melihat dan membunuh jin? Jawapannya ya kerana ada baru-baru ini ramai orang yang mendakwa bahawa mereka boleh melihat dan membunuh jin-jin jahat yang mengganggu gugat manusia. Itu semua atas kelebihan yang didapati secara anugerah terhadap diri mereka masing-masing. 

Dalam satu riwayat hadis, Nabi S.A.W menyatakan bahawa Baginda pernah dapat menangkap jin dan syaitan yang mengganggu diri Baginda S.A.W tetapi tidak menzahirkan perkara itu terjadi kerana Nabi S.A.W tidak mahu melebihi daripada apa yang diperolehi Nabi Sulaiman Alahissalam. Ada riwayat lain yang menyebutkan berkenaan dengan perkara sebegini iaitu yang bernama Ammar yang mana beliau telah mengalahkan jin. Boleh membunuh atau tidak boleh membunuh jin, hanya Allah S.W.T sahaja tempat kita bergantung. Kemungkinan ada juga kejadian-kejadian yang tertentu, tetapi manusia boleh mencederakan makhluk-makhluk jahat tersebut kerana ada beberapa riwayat yang mengatakan bahawa manusia boleh mencederakan jin.

Manusia Boleh Melihat Dan Membunuh Jin Apabila Memasuki Alam Ghaib?

Dalam satu riwayat tetapi bukan hadis, ada diceritakan mengenai seorang hamba Allah pada zaman Umar Ibnu Al-Khattab yang mana hamba Allah tersebut dikatakan hilang dan muncul kembali setelah sekian lama menghilangkan dirinya itu. Orang ramai berasa hairan berkenaan dengan diri beliau telah pergi ke mana selama ini? Beliau memberitahu bahawa beliau ditawan oleh suku-sakat jin. Kemudian beliau berperang terhadap suku-sakat jin tersebut yang mana beliau termasuk dalam salah satu daripada dua puak jin itu. Ada satu-satu masa dua puak jin itu saling berperang antara satu sama lain. Salah satu puak jin telah berjaya mengalahkan puak yang bertentangan dengan mereka. Maka puak jin yang menang itu, telah membebaskan semula hamba Allah tersebut untuk beliau pulang ke alam nyata. Oleh itu, manusia boleh melihat dan membunuh jin sekiranya seseorang itu memasuki alam ghaib berkenaan dengan cerita hamba Allah itu tadi.

Dalam hadis, Nabi S.A.W sendiri meletakkan sesuatu apabila Nabi pergi berdakwah dengan kabilah jin. Namun begitu, orang zaman sekarang begitu ramai yang mendakwa dengan dakwaan bermacam-macam kaedah iaitu mereka boleh membunuh jin. Mereka cuma sekadar boleh mendakwa atas kelebihan yang terdapat pada diri masing-masing. Tetapi, orang ramai yang tergolong dalam kategori manusia biasa tidak dapat tahu sepertimana orang-orang yang dikurniakan kelebihan yang luar biasa iaitu boleh melihat jin dan makhluk halus, bahkan boleh mencederakan atau membunuh makhluk tersebut. Malah, begitu sukar orang ramai hendak percaya secara seratus peratus apabila perkara tersebut tidak berlaku betul-betul di hadapan mata mereka


Orang Zaman Dahulu Jahil Tentang Ilmu Perubatan

Orang-orang terdahulu iaitu zaman datuk dan nenek kita percaya bahawa kalau ada seseorang itu sakit perut, maka tok bomoh pun pergi kepada orang itu dan scan orang berkenaan, lalu terus mendakwa bahawa ada hantu raya yang tinggal di dalam perut orang tersebut. Padahal orang yang sakit perut itu sedang mengalami gastrik. Orang-orang pada zaman dahulu kebanyakannya jahil tentang bab-bab ilmu perubatan. Ramai di antara mereka yang masih percaya kepada dunia tahyul dan amalan nenek-nenek moyang mereka yang terdahulu atau boleh dikenali sebagai perbuatan khurafat disebabkan mereka masih jahil lagi berkenaan dengan ilmu agama dan ilmu sains kesihatan.

Dunia Ghaib Dengan Dunia Nyata Adalah Dua Dunia Yang Terpisah

Ada satu bomoh yang sedang mejalankan upacara menangkap jin dari tubuh pesakit histeria. Bomoh tersebut bukan main berpeluh-peluh semasa sedang menjalankan upacara sedemikian, lalu kemudiannya jin tersebut berjaya ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol oleh bomoh terbabit. Ramai orang menyaksikan upacara tersebut, tetapi mereka tidak nampak bagaimana rupa jin yang dimasukkan ke dalam botol itu oleh bomoh sedemikian. Lalu orang ramai pun cuma boleh menyangka dan membuat andaian semata-mata bahawa jin tersebut telah pun dimasukkan ke dalam botol hasil daripada hebahan bomoh tersebut.

Namun begitu, jin yang berada di tepi bomoh itu tidak dinyatakan pun akan keberadaannya disebabkan orang ramai yang menyaksikan upacara tersebut tidak dapat melihat akan rupa jin dengan mata kasar mereka. Hendak beritahu di sini bahawa orang ramai tidak percaya seratus peratus selagi mana mereka tidak mengalaminya, tidak merasainya dan tidak berlaku betul-betul di hadapan mata mereka. Boleh jadi mereka cuma sekadar percaya sedikit-sedikit sahaja, tidak lebih dan tidak kurang daripada itu kerana itu hanyalah sekadar telahan dan andaian yang didakwa oleh mereka dengan mengatakan bahawa jin tersebut sudah pun berada di dalam botol yang dimasukkan oleh bomoh tadi. Seperti yang kita sedia maklum, dunia ghaib dengan dunia nyata adalah dua dunia yang terpisah dan mana mungkin boleh digabungkan sekali. Cuma bagi seseorang yang mempunyai kelebihan dan kurniaan iaitu gifted hanya boleh memasuki alam yang terpisah itu. 


Hikmah Allah S.W.T Menciptakan Dua Dunia Yang Berasingan

Sama juga halnya dengan alam ghaib, di mana tidak ada seekor pun daripada kalangan jin yang boleh bebas merayap ke dalam alam manusia yang nyata ini semata-mata mahu dipersembahkan diri jin terbabit untuk diperlihatkan di hadapan khalayak ramai bagi setiap mata manusia yang memandang jin sesat berkenaan. Yang nyata lagi hakikatnya, mereka dari kalangan jin dan manusia, tidak akan pernah tahu akan hal yang berlaku pada dunia yang terpisah itu kerana mereka tidak hidup untuk digabungkan kehidupannya secara bersama-sama. Tidak akan pernah terjadi akan hal sedemikian. Dunia manusia dan dunia jin adalah berasingan. Ada hikmahnya Allah S.W.T menciptakan sedemikian rupa iaitu dua dunia yang berasingan dan terpisah daripada pancaindera manusia dan jin tersebut supaya manusia dan jin tidak saling bergaduh, berperang, melakukan tipu daya dan seumpamanya sesama mereka. Malah lebih dahsyat lagi yang kita tidak pernah terfikirkan boleh terjadi.

Hebahan Bomoh Ada Yang Betul Dan Ada Yang Tidak Betul

Oleh sebab itu, dakwaan-dakwaan yang dinyatakan sebagai andaian oleh manusia biasa berkenaan dengan hebahan bomoh, hebahan pengamal perubatan atau hebahan seumpamanya ada yang betul dan ada yang tidak betul. Yang tidak betul barangkali ada jenis spesies bomoh palsu yang suka mencari kesempatan atas kesempitan orang lain yang benar-benar memerlukan pertolongan pada waktu itu. Kesimpulannya manusia tidak dapat hendak percaya seratus peratus selagi mana tidak terjadinya perkara yang dialaminya itu betul-betul berada di hadapan mata mereka. Itu semua boleh terjadi apabila hijab mereka terbuka luas yang boleh menggabungkan dua dunia yang terpisah itu sepertimana terbukanya hijab pandangan halus yang dialami oleh orang luar biasa seperti bomoh dan pengamal perubatan Islam yang ada sekarang. 

Wallahua'lam. Sumber di sini (sila klik). Cuma ada pengubahsuaian yang agak ketara hasil olahan penulis artikel ini.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger