Searching...

Apa Hukum Qunut Subuh? Adakah Sunat Atau Rukun? Masih Ramai Keliru...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Umumnya, masih ramai yang tidak tahu apa hukum qunut subuh. Malah, lebih teruk lagi pada sesetengah tempat dikatakan rukun dalam solat subuh. Kenapa boleh terjadi sedemikian kekeliruannya itu? Sebagaimana sedia maklum, qunut solat subuh adalah sunat di sisi mazhab Imam Syafi'e. Di sisi mazhab lain, tidak disunatkan malah ditiadakan perbuatan qunut subuh tersebut. 

Hukum Qunut Subuh Itu Adalah Sunat?

Selain itu, qunut sunat memang ada iaitu qunut nazilah, qunut witir, qunut subuh dan seumpamanya. Tetapi sentiasa ada yang mnyebut mengenai qunut adalah sunat di sisi pendapat semua ulama', sememangnya tidak sunat! Hanya di sisi pendapat mazhab Imam Syafi'e sahaja yang mengatakan qunut subuh itu adalah sunat.

Kalau ada yang mengatakan hukum qunut subuh itu adalah sunat di sisi pandangan mazhab Syafi'e, maka itu hanyalah pandangan di sisi mazhab Imam Syafi'e sahaja. Di sisi mazhab lain adalah bukan sunat. Sebab kenapa bukan sunat? Baca dahulu sampai habis. Kita hendaklah menghormati pandangan mazhab Imam Syafi'e tersebut walaupun kita rasa di sisi pandangan kita itu, bukanlah pendapat yang kuat. 

Kenapa Kita Tidak Merasakan Pendapat Imam Syafi'e Kuat?

Kenapa kita tidak merasakan pendapat Imam Syafi'e kuat? Kes yang pertama adalah masalah dengan rawi hadis, kerana Abu Ja'far Ar-Razi yang meriwayatkan hadis tersebut dan yang kedua pula qunut yang disebut oleh Anas Bin Malik RadiAllahuanhu mengenai qunut yang Nabi S.A.W lakukan pada waktu yang lain iaitu waktu zohor dan seumpamanya. Itu menunjukkan qunut bukan sahaja khusus untuk waktu subuh, malah terdapat waktu lain yang dibuat oleh Nabi S.A.W. Qunut yang dikatakan waktu lain itu adalah qunut Nazilah yang mana Nabi S.A.W telah mendoakan kepada suatu kaum yang telah mengkhianati wakil yang dihantar oleh Baginda S.A.W.

Qunut Subuh Tidak Boleh Dilakukan Di Sisi Mazhab Lain

Jadi, jika orang mengatakan qunut subuh itu sunat sahaja, hendak buat atau tidak buat pun boleh sahaja kerana ia hanyalah tertakluk kepada sisi mazhab Syafi'e sahaja. Tetapi di sisi mazhab lain, bukan sahaja tidak dikatakan sunat, malah qunut subuh tidak boleh dilakukan. Sekiranya tetap ingin lakukan, maka menyanggahi sunnah kerana melazimi perbuatan qunut subuh tersebut di sisi mazhab lain. Kadang-kadang ada penemuduga 'interview' orang untuk mencari jawatan Imam di sesebuah masjid, lalu menanyakan pandangan mengenai qunut. Bukan penemuduga itu mahu menyalahkan masalah qunut subuh itu, kerana qunut tersebut adalah sunat, hendak buat tidak mengapa, tidak buat pun tidak mengapa. Terpulanglah pada orang yang hendak lakukan qunut subuh tersebut.

Jikalau tidak buat qunut subuh maka tidak mendapat pahala sunat? Qunut subuh cuma sunat di sisi pendapat mazhab Imam Syafi'e sahaja. Tetapi ia sunat sekiranya ada nazilah, ia sunat sekiranya ada witir sekali. Maka dengan ini, ada tempat-tempat yang sunat membolehkan seseorang untuk dapat pahala sunat.

Wallahua'lam. Sumber (sila klik).

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

1 comments:

  1. Qunut subuh ni masih ramai yg anggap rukun. Memang pelik. Ada yg kaitkan dgn sujud sahwi pula. Itu boleh jadi. Kalau sunat memang tetap sunat. Tidak ada pendapat yg mengatakan wajib. Kalau masa belajar kat sekolah agama dulu masa kecil tu cerita lain. Masa tu masih budak kecil. Still jahil lagi.

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger