Searching...

Apa Hukum Doa Angkat Tangan Atau Tidak? Masa Bila Sesuai?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Nabi S.A.W berdoa mengangkat tangan, sudah lebih daripada tujuh puluh riwayat para sahabat yang meriwayatkan dan mutawatir yang menunjukkan Nabi S.A.W mengangkat tangan sambil berdoa. Cuma persoalannya masa bila sesuai Nabi S.A.W mengangkat tangannya untuk berdoa? Apa hukum doa angkat tangan atau tidak angkat tangan? Tetapi ada masanya Nabi S.A.W tidak mengangkat tangannya sewaktu berdoa dan kita pula tidak mengangkat tangan kita bahkan semasa sujud semata-mata untuk berdoa. 

Berdoa Mengangkat Tangan Atau Tidak Semasa Dalam Solat

Berdoa mengangkat tangan atau tidak semasa dalam solat adakah perlu? Ada orang mengatakan bahawa hendak berdoa, mestilah mengangkat tangan. Itu sudah tentu. Namun demikian, jangan melakukan sebegitu. Tidak semua keadaan boleh kita mengangkat tangan untuk berdoa. Hatta semasa kita sembahyang, kita ada menyebut ayat dalam surah Al-Fatihah yang mana merupakan ayat doa iaitu, "Tunjukanlah kami ke jalan yang lurus". Maka kita tidak perlu mengangkat tangan kita pada waktu itu sehingga mengucapkan perkataan, "Aamiin" dalam bacaan sembahyang kita tersebut. Bacaan doa Iftitah sebelum membaca surah Al-Fatihah dalam sembahyang pun tidak perlulah kita mengangkat tangan.

Tidak Perlu Mengangkat Tangan Untuk Membaca Doa

Selain itu, sebelum masuk ke tandas hendaklah kita berdoa pun tidak perlulah mengangkat tangan. Kadang-kadang ada terjumpa gambar seperti sticker yang ditampal di hadapan pintu tandas iaitu adab dan doa sebelum masuk tandas pun ada menunjukkan gambar orang sedang mengangkat tangan dan menadah tangan untuk berdoa sebelum masuk ke dalam tandas. Itu salah satu kaedah yang kurang tepat untuk dijadikan contoh berdoa sebelum masuk tandas. Tidak perlu mengangkat tangan, hanya perlu berdoa sekali lalu ataupun berdoa di dalam hati, lalu terus masuk ke dalam tandas.

Kita hendaklah berdoa sebelum tidur, maka kita tidak perlu mengangkat tangan untuk membaca doa kerana ada riwayat hadis yang menyebutkan bahawa Nabi S.A.W tidak mengangkat tangannya sewaktu hendak tidur. Namun begitu, doa sewaktu Nabi S.A.W mengangkat tangannya adalah ketika ada suatu doa yang penting dalam upacara yang khusus iaitu semasa Nabi S.A.W membaca doa untuk solat istisqa' secara beramai-ramai di tengah padang iaitu doa minta turun hujan

Mengangkat Tangan Doa Khutbah Adakah Perlu?

Namun begitu, semasa Nabi S.A.W memberikan khutbah jumaat, lalu Nabi S.A.W berdoa dalam khutbah tidak mengangkat tangannya. Buktinya ada dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim. Maka para makmum pun tidak perlulah mengangkat tangan mereka semasa berdoa dalam khutbah tersebut walaupun ada menyebut perkataan, "Aamiin" dalam doa berkenaan. Ada ketikanya selepas solat, Nabi S.A.W ada membaca wirid yang biasa tetapi tidak mengangkat tanganya iaitu, "Allahumma a'inni ala zikrika wa shukrika... (rujuk gambar di atas)". 

Perlu Angkat Tangan Untuk Berdoa Dengan Doa Khusus?

Selepas solat subuh, kita pun berdoa dengan doa khusus seperti mahukan kecemerlangan dalam peperiksaan, ataupun mendoakan untuk anak-anak agar berjaya dalam menghadapi ujian, maka doa yang seperti berikut hendaklah kita mengangkat tangan. Selain itu, tiba-tiba berlaku suatu kejadian yang membuatkan kita berasa susah hati maka kita pun berdoa, "Ya Allah, tolonglah aku..." Ataupun kita berada dalam suatu majlis, ada seorang sahabat kita sedang sakit, lalu wakil yang memberikan ucapan dalam majlis diminta untuk mengetuai bacaan doa secara beramai-ramai, maka hendaklah kita semua mengangkat dan menadah tangan ketika berdoa pada waktu itu.

Kenapa perlu angkat tangan? Kerana ada doa dan tempat yang khusus untuk kita mengangkat tangan. Ada pun tempat-tempat yang warid daripada Nabi S.A.W seperti doa sebelum tidur, doa menaiki kenderaan, doa adab sebelum melakukan sesuatu dan seumpamanya, maka kita tidak perlu mengangkat tangan kerana kita mengikuti sunnah Nabi S.A.W untuk tidak mengangkat tangan pada waktu-waktu doa tertentu. Manakala kita mengangkat tangan ketika hendak berdoa pada doa khusus dan juga berada di tempat khusus.

Kesimpulannya, bukannya hendak menyuruh kita untuk tidak berdoa, tetapi hendak permudahkan kita berdoa mengikut situasi dan keadaan tertentu dengan tidak perlu mengangkat tangan. Doa yang perlu angkat tangan pula adalah dengan membabitkan doa-doa khusus dan juga yang membabitkan kaitan diri kita yang khusus tetapi bukan wirid-wirid umum yang kita selalu baca. 

Wallahua'lam. Sumber (Sila Klik).

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger