Searching...

Hukum Ceramah Minta Bayaran Dalam Suatu Majlis Ilmu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hukum ceramah minta bayaran bagi sesetengah para ilmuwan yang hendak bagi ceramah untuk menyampaikan ilmu dalam suatu majlis ilmu, di mana mereka mahu meminta bayaran yang setimpal atas usaha penat lelah mereka. Ataupun mereka meminta duit untuk pengurusan perjalanan bagi sesuatu majlis ceramah. Macam guru sekolah yang mempunyai usaha untuk mengajar anak murid, maka beroleh pendapatan berupa gaji bulanannya sebagai guru sekolah. Kita bayar mereka atas usaha tenaga pengajar dalam penat lelahnya, tetapi kita tidak membayar mereka atas ilmu yang disampaikan itu. 

Hukum Ceramah Minta Bayaran Untuk Mengajar Atau Berdakwah?

Cuma hukum ceramah minta bayaran mempunyai dua hal. Mengajar orang sampai faham merupakan satu hal dan berdakwah kepada orang ramai pun merupakan satu hal yang lain. Kalau mengajar orang sampai faham, kita ingin memberikan penerangan mengenai hukum-hakam dalam agama yang kita ajar itu sampai jelas dan faham supaya orang tahu dan boleh amalkan hukum-hakam tersebut. Manakala, dakwah pula caranya kita hendaklah mengajar orang berbuat baik seperti mengajak atau menyeru orang ramai agar melakukan solat dan seumpamanya. Oleh kerana kita sudah mengajak orang ramai dengan menyeru untuk menunaikan solat, maka orang yang diseru itu hendaklah membayar duit kepada kita? Tidak boleh. Maka tidak digalakkan sama sekali kerana kita dinasihatkan supaya jangan suka meletakkan harga untuk berdakwah. 

Di samping itu, mengajar ilmu bagi mudah faham adalah tidak mengapa kalau kita letakkan harga, kerana kita membuatkan ilmu yang kita ingin ajarkan kepada orang ramai supaya mereka yang ingin mengetahui akan sesuatu ilmu daripada kita disebabkan mereka berasa senang faham untuk diajar, jelas pelajarannya dan boleh menggunakan ilmu tersebut mengikut keperluan mereka. Fuqaha' ada berbincang soal ini, walaupun pada asalnya tidak diberikan duit kepada orang yang mengajar Al-Qur'an, namun begitu pembelajaran Al-Qur'an memerlukan tumpuan. Orang yang diajar itu tidak boleh pergi ke mana-mana untuk dia pandai dalam membaca Al-Qur'an, selagi mana dia tidak memberi tumpuan sepenuhnya dalam pembelajarannya. Oleh sebab itu, kaedah untuk menumpukan dalam pembelajarannya memerlukan modal atau duit untuk seseorang itu meningkatkan keberhasilannya dalam pembelajaran Al-Qur'an tersebut. 

Asal-usul Sistem Gaji Dilaksanakan Oleh Para Sahabat RadiAllahuanhum Ajma'in

Selain itu, siapa mahu menyediakan makanan dan minuman untuk guru Al-Qur'an sepanjang tempoh pengajaran Al-Qur'an terhadap anak muridnya itu? Jadi, berbalik kepada beberapa contoh iaitu pada asalnya apabila Nabi S.A.W wafat, Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RadhiAllahuanhu dilantik menjadi khalifah. Sayyidina Umar Ibnu Al-Khattab RadiAllahuanhu pergi ke pasar dan memantau kawasan pasar tersebut lalu berjumpalah dengan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq yang duduk di dalam pasar tersebut. Maka Sayyidina Umar pun bertanyakan kepada Sayyidina Abu Bakar tentang apa yang dibuat oleh Sayyidina Abu Bakar itu. 

Sayyidina Abu Bakar pun menjawab berkenaan dengan aktiviti hariannya bekerja sebagai peniaga di pasar. Lalu Sayyidina Umar pun menyuruh Sayyidina Abu Bakar mengerjakan kerjayanya sebagai khalifah menggantikan Nabi S.A.W dengan menguruskan urusan pentadbiran terhadap rakyat. Tetapi Sayyidina Abu Bakar bertanya mengenai keperluan harian makan dan minum keluarganya sekira kerjayanya sudah tidak lagi menjadi peniaga di pasar. Lalu Sayyidina Umar pun berbincang dengan ahli badar yang terdiri daripada Sayyidina Ali dan para sahabat yang lain lalu membuat keputusan untuk memberi sehari, separuh daripada seekor kambing untuk diberi makan kepada Sayyidina Abu Bakar dan ahli keluarganya. Jadi, sejak daripada itu sebenarnya merupakan asal-usul sistem bergaji!

Oleh itu, bermulalah sistem gaji yang dilaksanakan oleh para sahabat radhiAllahuanhum ajma'in sehinggalah sistem tersebut digunapakai hingga zaman sekarang kerana orang yang terlibat dalam hal-hal pentadbiran, pengurusan, pendidikan dan seumpamanya hendaklah memberikan tumpuan mereka terhadap kerja-kerja sebegini dan dibayar gaji mereka mengikut aturannya. Jikalau tujuannya sebegitu, maka tidak mengapalah. Sumber di bawah, sila rujuk video berikut:

 

Wallahua'lam. Sila hayati pada minit ke 2:30 untuk mengetahui cerita tentang seseorang yang berasal dari negara Ghana yang mana Dr MAZA pernah berjumpa dan berkawan dengannya serta pengalaman berkenaan dengan hebatnya orang yang bersedekah.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger