Searching...

Kepentingan Menjaga Hubungan Baik Sesama Manusia Yang Kita Tidak Tahu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hubungan manusia dengan manusia menurut Islam adalah hubungan yang wajib kita jaga agar kita tidak menyesal apabila berada di padang Mahsyar kelak. Maka semestinya ada kepentingan menjaga hubungan baik sesama manusia yang kita tidak tahu. Manusia yang dimaksudkan di sini adalah berupa saudara seislam dengan diri kita yang lebih dikenali sebagai kawan yang selalu rapat dengan diri kita, hatta jiran bahkan saudara mara pun turut tidak ketinggalan. Asalkan kita tinggal bersama dengan mereka hari-hari pun dikira rapat. Nabi S.A.W melarang daripada tadabur. Tadabaru bermaksud, kamu berpaling ikut belah sini, dan kamu pula berpaling ikut belah situ. 

Kepentingan Menjaga Hubungan Baik Sesama Manusia Khususnya Saudara Seislam

Dalam hadis riwayat Muslim, bahawa Nabi S.A.W bersabda, "Tidak halal orang muslim tidak bercakap dengan saudaranya lebih daripada tiga hari". Bukannya kita wajib cakap selama tiga hari, kalau tidak memang jenuh kena cakap setiap hari. Maksudnya di sini, apabila kita sengaja meninggalkan seseorang yang sebelum ini kita agak rapat dengan diri mereka iaitu tinggal setempat dengan mereka. Tiba-tiba, kita rasa tidak selesa dengan diri atau perangai peribadi mereka, terus kita pulaukan mereka selama lebih daripada tiga hari. Habis itu, dua hari boleh atau tidak untuk kita sengaja tinggalkan mereka sedemikian kerana di situ terdapatnya kepentingan menjaga hubugan baik sesama manusia khususnya saudara seislam yang perlu dititikberatkan. Dua hari sudah cukup untuk mengisi kekosongan masa dengan bermuhasabah diri sendiri!

Beri Salam Yang Betul Adalah Galakan Untuk Bertegur Sapa

Agama Islam mengajar diri kita bahawa manusia ini ada perangai dia tertentu dan ada tahap kemarahannya untuk bagi jadi reda. Geram dengan seseorang pun cuma boleh ambil masa selama dua hari sahaja untuk tidak bercakap. Masuk hari ketiga hendaklah kita bertegur sapa seperti sediakala. Nabi S.A.W menyebut dalam hadis, "Jumpa yang ini, belah ikut sini dan yang ini, belah ikut situ, yang terbaik dalam kalangan mereka adalah orang yang memulakannya dengan salam". Riwayat Bukhari dan Muslim. Beri salam yang betul dengan bahasa 'standard' atas galakan terhadap setiap orang muslim untuk bertegur sapa dan saling kenal mengenali sesama saudaranya. Selepas berbaik semula dengan saudaranya, hendaklah mereka memberi salam sesama mereka dengan lafaz yang baik dan elok. 

Sekadar Mengajar Seseorang Daripada Melakukan Perkara Yang Bertentangan Dengan Agama

Selain itu, para ulama' yakni Al-Khatabi dan seumpamanya ada berbincang mengenai hal iaitu bapa boleh untuk tidak bercakap dengan anaknya melebihi daripada tiga hari. Yang menjadi larangan selama tiga hari kata para ulama' sekiranya membabitkan soal hubungan biasa iaitu hubungan peribadi. Tetapi jika membabitkan soal agama, maka boleh untuk tidak berbicara selama lebih daripada tiga hari kerana Nabi S.A.W pernah memulaukan mereka selama tiga hari yakni mereka yang tidak menyertai dalam peperangan tabuk.

Bukan kerana kes peribadi, tetapi dalam kes keagamaan misalnya seseorang itu pergi membuat suatu perkara yang tidak senonoh secara terang-terangan dan terbukti salah di sisi agama, tetapi kita tidak mempunyai masalah peribadi dengan seseorang tersebut. Kita cukup sekadar mengajar seseorang daripada melakukan perkara yang bertentangan dengan agama, maka kita pulaukan diri diri dia selama seminggu. Jadi, urusan agama tidak mengapa kerana dengan tujuan pendidikan. Nabi S.A.W telah melakukan cara begini kepada mereka-mereka yang sengaja meninggalkan peperangan tabuk. 

Bolehkah Suami Tidak Bercakap Dengan Isterinya Lebih Daripada Tiga Hari?

Kemudian para ulama' berbincang akan hal ini iaitu, bolehkah sekiranya suami tidak bercakap dengan isterinya lebih daripada tiga hari? Sebahagian daripada para ulama' mengatakan boleh sekiranya suami itu benar kerana Nabi S.A.W pernah meninggalkan isterinya selama sebulan kerana isterinya buat serba tidak kena terhadap Baginda S.A.W. Namun begitu, kita mestilah melihat terlebih dahulu jenis suami seperti apa dan bagaimana?


Baru-baru ini ada seseorang membaca hadis yang berbunyi, Nabi S.A.W bersabda, "Kalau aku hendak perintahkan satu orang untuk sujud kepada orang, aku hendak suruh orang-orang perempuan ini yakni isteri-isteri, bersujud terhadap suaminya kerana hak yang besar yang ada pada suami terhadap isterinya". Jikalau kita lihat pada hadis tersebut semacam begitu sahaja tanpa perlu ulasan dan tafsiran yang lebih terperinci, takut-takut orang-orang biasa akan menyalahgunakan hadis sebegitu dengan menyuruh isterinya sujud terhadap diri-diri mereka yang bergelar suami. Nabi S.A.W tidak suruh, tetapi cuma ada perkataan "kalau" dalam hadis tersebut. Tetapi kita perlu lihat pada konteks ucapan Nabi S.A.W. 

Suami Yang Menunaikan Tanggungjawab Dan Hak Isteri Dalam Rumahtangga

Konteks yang dimaksudkan adalah Nabi S.A.W bercakap mengenai suami yang menunaikan tanggungjawab dan hak isteri dalam rumahtangga. Jauh beza dengan suami jenis yang pemalas dalam kerjanya yang mana kadang-kala beri nafkah dan kadang-kala pula tidak beri nafkah terhadap isterinya, anak-anak tidak terdidik, perangai suami jenis tidak elok, mencarut di mulut serta memaki orang lebih kurang dan jenis pemarah serta baran tidak tentu pasal. Kalau jenis seperti yang tertera itu, memang tidak layak untuk meminta hak terhadap dirinya dengan menggunakan hadis Nabi S.A.W yang telah disebutkan sebentar tadi. Jika suami jenis yang menunaikan tanggungjawab dan hak isteri dalam rumahtangganya, maka suami itu layak untuk menuntut hak terhadap dirinya sepertimana dalam hadis tersebut tadi.

Wallahua'lam. Sumber dari ceramah yang diyakini (sila klik).

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger