Searching...

Keturunan Yang Baik Tidak Menjaminkan Amalan Baik

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Keturunan yang baik tidak menjaminkan amalan baik bagi seseorang itu walau sebaik mana keturunannya yang dikatakan 'alim bahkan keturunan para syeikh dan habib yang dikatakan berasal dari keturunan Nabi S.A.W. Maka tidak menjaminkan seseorang itu masuk ke dalam syurga atas sebab nasab keturunannya yang baik. Oleh itu, sekiranya terdapat orang yang mempunyai nasab keturunan yang tidak baik, jangan sesekali kita menghina keturunan orang tersebut kerana penentu bagi seseorang hamba Allah ke syurga adalah bukan dari segi keturunan yang baik-baik, tetapi hanyalah ilmu-ilmu yang baik dituntut berserta amalan-amalan yang baik dapat menjamin seseorang itu masuk ke dalam syurga.

Keturunan Yang Baik Tidak Menjaminkan Amalannya Di Terima Allah S.W.T.

Selain itu, Nabi S.A.W menyebut tentang satu perkara iaitu "Sesiapa yang mana amalan dia itu lambat, tidak akan cepat kerana nasab keturunan". Bermaksud, keturunan yang baik tidak menjaminkan amalannya di terima Allah S.W.T dengan begitu cepat. Jikalau amalannya diterima oleh Allah S.W.T dengan lambat, adalah bukan kerana nasab keturunan seseorang itu dengan merujuk pada hadis tersebut. Ini merupakan salah satu prinsip Islam yang hebat di mana Islam tidak menjadikan manusia berjaya melalui keturunan. Kalau sekiranya Tuhan berkata, "Sesiapa yang berketurunan baik akan masuk syurga", Masya-Allah, kasihannya diri kita yang mempunyai keturunan yang kurang baik. Bab-bab keturunan ini kita tidak boleh ubah menjadi lebih baik kerana kita tidak memilih ibu bapa kita sejak lahir lagi. Ibu bapa ditentukan sejak lahir berdasarkan takdir hidup kita yang ditentukan oleh Allah S.W.T. Kita tidak boleh memilih keturunan yang terbaik. Kita tidak dapat hendak memilih untuk tinggal di mana-mana rumah atas pilihan kita sejak kecil lagi. Oleh sebab itu, dalam agama Islam kalau kita sentuh bab-bab keturunan memang cukup dilarang sama sekali jika boleh membuatkan seseorang itu menghina keturunan orang lain.

Tidak Akan Pernah Menghina Orang Yahudi

Ada yang mengatakan bahawa Islam anti terhadap keturunan orang Yahudi. Itu sudah tentu tidak betul. Malah kita tidak boleh mengaitkan keturunan seseorang itu yang menjadikannya asbab kepada diri seseorang tersebut. Oleh sebab itu, Allah S.W.T mentakdirkan Nabi S.A.W yang mana salah seorang isteri Baginda ada yang berketurunan Yahudi iaitu Saufiyyah Binti Huyyain. Kita tidak akan pernah menghina orang yang berketurunan Yahudi. Jangan sesekali kita menghina mereka. Bahkan Nabi S.A.W menyatakan bahawa orang yang sekiranya amalannya lambat, maka keturunannya tidak boleh mengangkatnya. Datangnya suatu prinsip Al-Qur'an dalam hal ini adalah mudah iaitu dalam surah Al-Hujuraat ayat 13:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ
Maksudnya: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya yang paling mulia dalam kalangan kamu di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa".

Perbandingan Antara Suasana Persekitaran Yang Baik Dengan Yang Tidak Baik

Kalau Tuhan kata cuma keturunan ulama' sahaja yang mulia, memang tidak patutlah. Kalau ada satu orang yang berketurunan baik-baik, dan perangai pun baik, maka baiklah jadinya. Namun begitu, kalau ada yang berketurunan baik, tetapi perangainya tidak baik iaitu perangai serupa macam hantu. Namun begitu, dia tinggal di dalam suasana persekitaran yang baik, dan mempunyai keluarga ulama' iaitu ibu bapanya merupakan orang yang 'alim. Oleh disebabkan pengaruh yang baik dan persekitaran yang baik telah Allah S.W.T kurniakan terhadap dia, tetapi dia gagal untuk mendidik dirinya bahkan tidak memberikan apa-apa manfaat terhadap dirinya dengan keadaan dirinya yang jahil. Maka, memang tidak padanlah dengan kehidupannya itu.

Selain itu, ada seseorang yang tinggal dalam suasana persekitaran yang tidak baik sejak dari kecil lagi, dan mempunyai keluarga yang tidak baik, hendak menjadikan dirinya baik adalah suatu pekerjaan yang amat sukar untuk mendorong dirinya pergi mengaji dan menuntut ilmu. Namun begitu, dia baru pertama kali mendengar akan ilmu-ilmu agama dan hendak mempelajarinya mengenai hukum-hakam ilmu-ilmu agama tersebut, dengan memerlukan satu usaha yang sangat besar. Maka dia pun menjumpai ustaz atau ustazah yang betul-betul berkesan untuk mendidik dirinya itu. Oleh sebab itu, orang tersebut sedaya upaya struggle dalam kehidupannya untuk membolehkan dirinya menerima ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk diamalkan kerana ilmu-ilmu tersebut tidak berada dalam persekitaran yang berdekatan dengan dirinya. Sekiranya usaha besar yang dia lakukan ke arah kebaikan dengan sedemikian rupa, maka dia memperoleh ganjaran pahala yang teramat besar melebihi ganjaran pahala bagi penceramah bebas yang menyampaikan ceramah dengan ikhlas dalam suatu majlis. Allah S.W.T itu Maha Adil. 

Mendapat Pahala Sepanjang Perjalanannya Walaupun Sukar Mencari Ilmu

Kadang-kala ada orang mengatakan demikian seperti berikut, "Kau untunglah duduk dalam keluarga yang baik-baik". Dari satu sudut, memang dirinya untung dan dia mendapat pahala, mudahlah dia mendapat ilmu. Tetapi dari segi pahala yang diperolehinya tidak setanding dengan situasi orang yang sudah dinyatakan sebentar tadi iaitu orang yang menuntut ilmu, begitu sukar kena pergi ke merata-rata tempat untuk mencari ilmu dalam suasananya yang tidak mengizinkan dirinya untuk mencari ilmu-ilmu dengan begitu mudah. Orang yang dinyatakan sukar untuk pergi mencari ilmu di merata-rata tempat, maka dirinya mendapat pahala sepanjang perjalanannya. Semakin jauh dia berjalan, semakin banyak pahala yang dia dapat berdasarkan hadis berikut:

 من سلك طريقا إلى العلم سلك الله به طريقا إلى الجنة
Man salaka thoriqon ilal 'ilmi salakAllahu bihi thoriqon ilal jannah.

Maksudnya: "Barang siapa yang menempuh jalan dengan mencari ilmu, maka Allah akan mempermudahkan jalannya menuju ke syurga".

Oleh sebab itu, kita perlu memahami hikmah daripada penciptaan Allah S.W.T terhadap kehidupan yang luas ini. Wallahua'lam. Sumber (klik sini).

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger