Searching...

Nasihat Untuk Kaum Hawa Yang Merasakan Islam Tidak Adil

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Nasihat untuk kaum hawa yang merasakan Islam tidak adil dari segi perkahwinan, kepimpinan dan harta pusaka. Kenapa mereka boleh merasakan sedemikian? Apa? Islam tidak adil terhadap wanita? Islam itu adil. Cuma yang tidak adil adalah seseorang yang tukang urus sesuatu itu. Apa yang tidak kena? Sebagai contoh harta pusaka. Wanita cuma boleh dapat separuh sahaja daripada harta pusaka manakala lelaki cuma boleh dapat lebih banyak daripada wanita. Tetapi, kita tidak boleh melihat dari sudut macam begitu sahaja. Seseorang itu perlu melihat secara keseluruhan dalam ajaran Islam. Jadi, bagaimana caranya? 

Nasihat Untuk Kaum Hawa Ini Menyedarkan Golongan Wanita

Dalam Islam, 'abang' yang hendak dijadikan contoh merupakan seorang lelaki yang akan mendapat sejumlah harta pusaka bernilai RM100,000. Manakala 'adik perempuan' cuma boleh dapat RM50,000. Tetapi, 'abang' tersebut hendak menanggung nafkah dalam keluarganya, tanggungan ibunya jika ada dan hendak meminang anak dara pula, maka 'abang' wajib kena bayar harga mahar pernikahan. Rm100,000 secara keseluruhan habis begitu sahaja untuk sebahagian urusannya dalam masyarakat Islam. Nasihat untuk kaum hawa ini bertujuan untuk menyedarkan golongan wanita yang seringkali nampak sesuatu dari sudut luaran sahaja. Sedangkan disebalik yang terperinci, tidak pula disiasat oleh mereka. Itulah apa yang terjadi terhadap 'adik perempuan' tersebut apabila dia mendapat RM50,000 harta pusaka tersebut maka sudah menjadi hak milik ke atas dirinya sahaja. 

Duit perbelanjaan harian pula, suami terhadap 'adik perempuan' itu yang kena tanggung untuk diri 'adik perempuan' tersebut. Kalau seorang isteri mempunyai pendapatan melebihi suaminya dan lebih kaya daripada suaminya itu, maka nafkah tetap sahaja suaminya yang kena tanggung untuk isteri tersebut. Walaupun tahap kewangan si suami pada masa itu teruk dan tidak mampu untuk tanggung dirinya sendiri, maka hendaklah si suami itu mencari ikhtiar lain untuk menanggung nafkah terhadap isterinya. Si isteri tidak wajib menanggung nafkah terhadap suami kerana bukan hak si isteri untuk menjalankan tanggungjawab sedemikian. Harta suami adalah harta isteri jua, manakala harta isteri adalah hak ke atas isteri sahaja! 

Hak Suami Kepada Isteri, Menyuruh Si Isteri Tidak Bekerja

Si suami pergi kerja, tetapi si isteri juga mahu pergi kerja. Adakah wajib si isteri untuk tidak bekerja sekiranya si suami menyuruh si isteri menjaga rumah pasal rumah mereka tidak ada orang yang jaga? Jikalau mereka berdua mempunyai anak-anak, bagaimana tanggungjawab mereka berdua terhadap anak-anak tersebut? Maka di situ suami mempunyai hak. Hak suami kepada isteri adalah dengan menyuruh si isteri tidak bekerja. Si suami bekerja untuk tanggung dirinya dan isterinya berserta anak-anaknya manakala si isteri pula pergi kerja, tetapi cuma tanggung untuk dirinya sendiri dan tidak wajib untuk menanggung suaminya berserta anak-anaknya. 

Suami dan isteri boleh sama-sama berpakat sekiranya si isteri tetap berkeras mahu bekerja dengan alasan kerjaya memerlukan orang seperti dirinya maka diperbolehkan demi untuk membantu kewangan suami secara konsisten dengan berkongsi sesama mereka berdua agar si suami dapat menanggung nafkah sekeluarga dengan kewangannya yang begitu stabil. Jika si isteri mempunyai kerjaya yang tidak begitu penting dan mempunyai pendapatan yang kurang daripada pendapatan si suami, maka dinasihatkan untuk tidak bekerja agar keperluan suri rumah terjaga dan kerja-kerja di rumah tidak diabaikan.

Si Isteri Tetap Mahu Bekerja Walaupun Si Suami Tidak Benarkan

Bagaimana pula si isteri tetap mahu bekerja walaupun si suami tidak benarkan? Si isteri boleh meletakkan syarat perjanjian sebelum akad nikah bahawa si isteri tetap mahukan kerjayanya diteruskan selepas pernikahan dengan syarat si suami yang hendak dinikahinya bersetuju mengahwininya dan membenarkan si isteri meneruskan kerjayanya. Maka si suami tersebut tidak menghalang si isteri untuk bekerja. Maka perjanjian tersebut adalah sah dan wajib kena ikut kerana orang Islam di atas syarat perjanjian mereka. Kalau tidak disertakan syarat, maka si suami berhak menyuruh si isteri untuk patuh terhadap si suami dengan tidak bekerja demi menjadi suri rumah dengan menjaga rumah untuk anak-anak mereka berdua membesar dengan baik.

Kalau Ajaran Islam Tidak Dilaksanakan Secara Adil

Kalau ajaran Islam tidak dilaksanakan secara adil, maka si suami sudah dianggap seperti hamba abdi, iaitu si isteri keluar bekerja dengan bebas dan dapat gaji untuk dirinya sendiri sedangkan si suami pula keluar bekerja dan kemudian memperoleh gaji untuk dibahagikan kepada tanggungannya secara adil iaitu untuk isterinya dan anak-anaknya berserta ibu dan bapanya di kampung. Keperluan di rumah kadang-kadang terpaksa si suami yang lakukan kerana si isteri tidak sempat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suri rumah dengan menyediakan segala keperluan di rumah untuk suaminya dan anak-anaknya. Kasihan sungguh si suami.

Kalau kita hidup dalam suasana rumahtangga, bukan sahaja adil yang kita dapat malah ihsan pun turut datang. Suami itu sendiri mestilah mempunyai rasa belas kasihan. Maka si isteri pun membantu suaminya serba boleh dan serba mencukupi. Maka itu adalah nasihat untuk kaum hawa yang bergelar isteri. Tetapi dalam kes sebahagian wanita, malang sekali sampai kesemua kad kredit si suami atas nama si isteri, hutang kereta si suami pun turut atas nama si isteri. Kemudian apabila mereka bercerai, si isteri yang kena tanggung semua sekali padahal si suami cuma goyang kaki sahaja tanpa tanggungan. Sungguh kejam dan tidak adil! Kasihan sungguh si isteri. Itu salah si isteri sejak dari awal lagi, kerana cinta itu buta, maka si isteri sanggup berkorban apa sahaja demi menanggung si suaminya yang sudah menyerupai 'biawak hidup'.

Wallahua'lam. Sumber dari ceramah yang diyakini (sila klik).

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger