Searching...

Punca Insiden Kebakaran Di Israel Secara Besar-besaran

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pada 24 November 2016 lalu, dunia dikejutkan dengan berlaku insiden kebakaran di Israel secara besar-besaran. Peristiwa ini kebakaran merupakan peristiwa yang cukup dahsyat sejak tahun 2010 dahulu. Api yang menyambar apa sahaja kini merebak dengan begitu pantas sehingga tersebar ke seluruh negeri dari kawasan Nahariya, Harduf, Yarka, hingga ke kawasan Revadim, nataf, dan dolev. Api yang pada asalnya belum diketahui puncanya kini membakar sejumlah besar hutan, semak-samun, sehinggakan masuk ke kawasan perumahan penduduk yang padat.

Punca Insiden Kebakaran Di Israel Masih Menjadi Tanda Tanya

Betul, punca insiden kebakaran di Israel setakat ini masih menjadi tanda tanya. Pihak berkuasa Israel sehingga kini masih berusaha memadamkan api yang membakar di setiap negeri yang telah dinyatakan di atas sedikit demi sedikit. Malah, Israel terpaksa meminta pertolongan daripada negara-negara jiran yang lain untuk membantu dalam memadamkan api yang sudah tidak dapat dikawal lagi. Kalau api ini terus dibiarkan, negara Israel kemungkinan boleh menjadi padang jarak padang tekukur kerana habis lenyap hutan-hutan dan bangunan-bangunan dibakar yang pada akhirnya akan menjadi abu. 

Tiupan Angin Di Israel Yang Sangat Kencang

Sejak Khamis lagi, penduduk di kawasan Haifa yang berjumlah 60,000 orang dipindahkan ke tempat yang selamat. Tempat tinggal mereka nyaris-nyaris dibaham api yang marak, merah menyala dan udara persekitarannya juga penuh dengan asap tebal yang pekat. Sekurang-kurangnya lebih dari 132 orang penduduk di kawasan tersebut sedang mengalami sesak nafas sehinggakan mereka perlu segera dibawa ke hospital agar tidak berlaku kematian.

Kebakaran dahsyat yang terjadi selama tiga hari berturut-turut di Israel terus melenyapkan sembilan kilometer persegi kawasan hutan, ladang dan juga perumahan. Keluasan ini kemungkinan akan terus meningkat seiring dengan tiupan angin di Israel yang sangat kencang sehinggakan bertambah marak api. Api tidak boleh dipadam dengan begitu mudah selagi mana keadaan angin kencang belum lagi berhenti bertiup dan membuatkan pasukan pemadam kebakaran mengalami kerja-kerja yang sukar untuk memadamkan kebakaran.

Isu Politik Mendesak Israel Melakukan Pemindahan Tahanan

Kebakaran di Israel juga penuh dengan isu politik melibatkan desakan dari seluruh dunia dan ini juga membuatkan pihak tentera dari Israel melakukan pemindahan tahanan. Banduan yang berada di kawasan Penjara 6 yang terletak di Gunung Carmel juga turut terjejas dengan kebakaran. Kalau banduan penjara tidak dipindahkan dengan segera, maka mereka boleh terkena asap pekat yang membahayakan diri mereka dan akhirnya mengalami sesak nafas dalam masa yang singkat.

Negara jiran lainnya terdiri daripada Rusia, Turki, Greece, Croatia, dan Cyprus menghantar kapal terbang pemadam kebakaran yang berjumlah sepuluh buah. Kapal terbang tersebut ditugaskan untuk menaburkan serbuk tertentu yang boleh membuatkan api yang sedang marak beransur reda, semakin berkurang dan akhirnya terus berjaya dipadamkan. Selain daripada negara-negara yang telah disebutkan di atas, Israel juga menerima bantuan daripada Palestin yang menghantar empat pasukan pemadam kebakaran.

Palestin Tidak Terlepas Dalam Membantu Memadamkan Kebakaran

Palestin yang dalam perhatian pihak Israel iaitu negara yang sedang dimusuhi Israel tidak terlepas dalam membantu memadamkan kebakaran. Jika rakyat Palestin sudah tidak mempunyai hati dan perasaan lagi terhadap Israel, sudah tentu mereka tidak ingin membantu Israel. Mungkin sebab dalam penjara di Israel mempunyai keluarga-keluarga rakyat Palestin yang masih dalam tahanan lagi. Oleh sebab itu, Palestin mahu membantu bersama-sama dalam memadamkan kebakaran demi untuk menyelamatkan tahanan yang berada di dalam penjara Israel tersebut.

Netizen yang ada di Malaysia memberikan respon terhadap kejadian yang luar biasa di israel ini dengan bermacam-macam tanggapan. Ada yang menganggap bahawa ianya suatu bencana alam, ada yang menganggap bahawa petanda kiamat sudah dekat dan ada pula yang menganggap kejadian ini adalah bukti hukuman daripada Allah S.W.T yang patut diberikan terhadap Israel. Selama ini Israel telah banyak melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin dengan membuatkan mereka menderita dan akhirnya berlaku kebakaran yang merupakan suatu petunjuk bahawa Allah S.W.T Maha Mendengar terhadap doa-doa orang yang teraniaya ditindas oleh golongan kuffar. Maka inilah padannya balasan yang setimpal terhadap negara Israel.

Wallahua'lam. Sumber dari Boombastis.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger