Searching...

Tafsir Mimpi Dalam Islam: Dua Kali Mimpi Orang Melamar Dirinya!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kenal orang mungkin dari segi rupa paras dan segalanya, tetapi langsung tidak terfikir pun pasal orang itu. Sudah dua kali mimpi orang tersebut melamar dirinya. Melamar untuk berkahwin? Maknanya melamar untuk jodoh? Atau mimpi basah tanda jodoh? Menurut tafsir mimpi dalam Islam yang disebutkan oleh Imam Ibnu Qayyim, beliau ada menyebutkan dalam kitabnya zadul ma'ad berkenaan dengan mimpi ada dua. Antaranya ialah mimpi yang Allah S.W.T anugerahkan kepada seseorang dalam bentuk kurnia-Nya, dan satu lagi mimpi yang kita alami hari-hari. Sebahagian dalam mimpi merupakan amalan syaitan yang suka memperdayakan manusia supaya manusia leka dan taksub terhadap sesuatu mimpi.

Menafsirkan Mimpi Dalam Islam

Ada satu orang dia pernah bermimpi, lalu dia pun pergi ke rumah seorang Syeikh iaitu tok gurunya, dan bertanya pasal mimpinya. Dia mahu tok gurunya itu menafsirkan mimpi dalam islam mengenai mimpi yang dialaminya itu. Dia bertanyakan kepada Syeikh mengenai mimpinya bahawa dia sebelum ini tidak pernah bermimpi, dan tiba-tiba pula dia ada termimpi sesuatu malam tadi. Syeikh itu berkata, "Kalau kamu ada termimpi, datanglah ke rumah aku malam ini". Maka tibalah waktu malam dan orang itu belum menjamah sedikit pun makanan sebelum datang ke rumah Syeikh tersebut, maka Syeikh pun menjamu orang tersebut dengan minuman sahaja. 

Orang itu pun meminum air yang Syeikh hidangkan lalu tersentak, dan merasakan air tersebut adalah air garam. Dia menunggu Syeikhnya menghantarkan air lain kepadanya kerana mungkin dia menyangka bahawa Syeikhnya tersalah hantar air. Namun begitu, Syeikh tersebut tidak pun menghantar kepadanya air lain. Orang itu masih menunggu Syeikh tersebut dengan begitu lama dan akhirnya sampailah dia tertidur di rumah Syeikh tersebut. Pada pagi esok, Syeikh datang kepada orang itu dan bertanyakan kembali perihal mengenai mimpi yang dialaminya oleh orang itu malam tadi. Maka orang itu pun menjawab bahawa dia bermimpi ada seseorang menghidangkan kepadanya air garam!

Mimpi Itu Suatu Anugerah Atau Disebabkan Terlalu Asyik Berfikir?

Di sini dapat kita simpulkan bahawa mimpi ini boleh terjadi kerana mungkin Allah S.W.T hendak beri kepada kita suatu anugerah atau kurniaan-Nya. Lain daripada itu, mungkin disebabkan kita terlalu banyak atau terlalu asyik berfikir mengenai kemungkinan-kemungkinan yang tiada penghujungnya pada malam sebelum kita tidur. Lalu apa yang kita fikir itu sampai terbawa-bawa dalam mimpi berkenaan dengan perkara yang kita ambil berat akan hal tersebut. Ataupun sesuatu perkara yang terlalu kerap kita banyak berfikir yang berkemungkinan belum ada penyelesaiannya pada waktu sebelum kita tidur sehingga perkara tersebut terbawa-bawa ke dalam mimpi kita. Jadi, kita seharusnya dapat membezakan antara dua perkara dalam mimpi tersebut.

Dalam bab mimpi, para ulama' ada berkata, "Mimpi yang benar adalah mimpi yang mana kita sentiasa akan ingat terhadap mimpi itu. Mimpi itu akan sentiasa mengganggu fikiran kita." Maksudnya mimpi itu menunjukkan ada suatu petanda. Mimpi itu juga membuatkan kita sentiasa ingat akan mimpi itu sampai bila-bila. Jika kita pada malam ini bermimpi akan hal yang sama seperti malam semalam, ataupun berlaku sebanyak dua atau tiga malah empat atau lima kali mimpi yang sama berulang-ulang kali pada setiap hari kita tidur, maka sudah terbukti itu merupakan suatu petanda.

Wallahua'lam. Sumber dari ceramah yang diyakini (sila klik).

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger