Searching...

Tindakan Terbaik Terhadap Orang Yang Berhutang Dengan Kita

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Apakah tindakan terbaik terhadap orang yang berhutang dengan kita? Orang tersebut tidak mahu membayar balik walaupun sudah banyak kali kita mendesak dengan menuntut hutang daripada dia. Seseorang yang berhutang itu akhirnya kena bayar hutangnya jua. Tidak ada istilah orang yang berhutang tidak kena bayar. Maka akhirnya dia akan kena bayar juga. Kena bayar melalui apa? Kena bayar melalui akhirat. Ya, jika hutang mereka tidak dapat dibayar melalui dunia. Jika kita tuntut di dunia ini sampai ke akhir hayat, hak kita tidak akan luput begitu sahaja. Beban orang yang berhutang dengan kita akan semakin bertambah jika diselesaikan mengikut cara di akhirat kelak.

Tindakan Terbaik Terhadap Orang Yang Berhutang Hanyalah Yakin Terhadap Allah S.W.T

Sesetengah orang yang berhutang, mereka buat dengan teknik lupa dan buat-buat tidak ingat. Tetapi Allah S.W.T tidak pernah lupa. Jika seseorang itu mengambil harta benda orang lain dengan cara berhutang dan tidak mempunyai niat untuk membayar hutang tersebut, maka dia telah membuat suatu cara yang dia rasakan Tuhan itu lupa. Padahal Allah S.W.T Maha Mengetahui terhadap perancangan seseorang itu. Tindakan terbaik terhadap orang yang berhutang hanyalah yakin terhadap Allah S.W.T bahawa Allah tolong membayarkan hutang kita di akhirat kelak.

Selain itu, ada orang membuat sesuatu perkara yang dirasakan Tuhan itu lupa terhadap sesuatu keadaan atau mungkin hendak jaga nama baik si mati walaupun mereka yang melakukan perkara tersebut sememangnya jahil dari segi pengetahuan agamanya iaitu kepercayaannya kepada Allah S.W.T kerana mungkin mereka tidak pernah terfikirkan mengenai apa yang Allah S.W.T Maha Mengetahui akan sesuatu keadaan. 

Kenapa Ada Kaitannya Hendak Menjaga Aib Si Mati Dengan Berkata Bohong Sedemikian?

Muhasabahlah diri, mungkin niat seseorang itu baik, tetapi cara dia kurang tepat. Misalnya semasa bacaan talkin terhadap si mati dengan perkataan, "Apa kata kamu terhadap mayat ini?" Ramai hadirin menjawab, "Baik". Padahal semua hadirin yang mengatakan sedemikian sudah tahu bahawa si mati semasa hidupnya banyak melakukan perkara yang tidak baik.

Kenapa ada kaitannya hendak menjaga aib si mati dengan berkata bohong sedemikian?
Padahal Allah Maha Mengetahui akan semua keadaan. Biarlah kita jujur pada masa itu, dengan bersikap jujur di hadapan Allah S.W.T dengan harapan bahawa Allah menunjukkan belas kasihan-Nya dengan mengampuni si mati tersebut. Selain itu, berdoalah beramai-ramai agar Allah S.W.T mengurangkan dosa dan azab ketika si mati menempuh ke alam seterusnya nanti. Maka itu adalah lebih baik berbanding kita berkata 'perkataan' bohong di hadapan Allah S.W.T semasa kita di dunia lagi. 

Satu Cara Kita Menambahkan Keyakinan Pada Hari Akhirat

Tambahan pula, semasa kita bersembahyang, kita sentiasa membaca surah Al-Fatihah yang mana dalam surah tersebut terdapat ayat yang berbunyi, "maaliki yaumiddin" yang bermaksud, "Tuhan yang menguasai hari pembalasan" iaitu pemilik hari akhirat. Sebab itulah kita kena sebut ayat itu dalam bacaan semasa dalam sembahyang kita agar kita dapat mengetahui sejauh mana keyakinan kita pada hari akhirat kelak. Itu merupakan satu cara kita menambahkan keyakinan pada hari akhirat.

Oleh sebab itu, hari akhirat adalah hari yang mana orang tidak akan terlepas daripada menerima pembalasan terhadap apa yang dilakukan semasa di dunia dahulu. Ada orang memaki diri kita umpamanya di dalam media sosial facebook. Dia bubuh profilnya gambar Ultraman supaya tidak ada orang yang melihat profilnya itu, dapat mengecam dan mengetahui identitinya. Kita tidak tahu orang yang memaki diri kita itu siapakah gerangan dirinya. Dia memaki dan memfitnah diri kita dan kita tidak tahu hendak mencari dirinya di dunia ini kerana kita tidak mengenali dirinya. Maka dia akan berjumpa dengan kita di akhirat kelak di padang Mahsyar. Di hari akhirat, Allah S.W.T tidak akan silap hendak menghukum manusia. Tangan dan kaki kita semua bercakap. 


Orang Yang Berhutang Akan Dibicarakan Di Mahkamah Akhirat Kelak

Kita ambil harta benda adik beradik kita dan ambil harta orang lain, kita akan dihukum di akhirat kelak sekiranya tiada permintaan maaf semasa di dunia lagi. Kita membawa kereta laju sehingga kereta kita terlanggar lopak yang mengandungi air lecak lalu bersepai air lecak kena pada orang pejalan kaki. Orang pejalan kaki tersebut berasa marah tetapi tidak dapat melihat rupa diri kita kerana cermin gelap kereta kita. Maka pada hari akhirat, kita jumpa balik orang yang kita pernah aniaya secara tidak sengaja sekiranya tiada permintaan maaf dari dia semasa di dunia dahulu.

Sehubungan itu, kes-kes sebegini sama ada orang yang berhutang atau yang pernah buat salah terhadap diri kita sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja, akan dibicarakan di mahkamah akhirat kelak. Tidak akan terlepas sama sekali. Allah S.W.T Maha Mengetahui segala-galanya. Sebab itulah kita perlu berhati-hati akan hal sebegini supaya diri kita tidak terjebak dengan masalah terhadap orang lain. 

Wallahua'lam. Sumber dari ceramah yang diyakini (sila klik).

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

1 comments:

  1. Orang yg berhutang mesti diambil tindakan di dunia lagi supaya tidak menyesal di akhirat sana...

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger