Searching...

Apa Yang Allah Inginkan Dari Kita?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Apa yang Allah inginkan dari kita sebagai manusia dalam kehidupan dunia ini? Sebab ini merupakan asas dalam memahami seluruh kerangka fikir yang ada di dalam agama. Kenapa kita di sini? Kenapa perlu kita berada di bumi ini? Apa yang Allah mahu daripada kita? Kita tahu bahawa kita tidak memilih untuk wujud di bumi ini. Allah yang mewujudkan diri kita. Bahkan kita tidak memilih banyak perkara, dan kita tidak memilih keluarga kita. Kita pun tidak memilih keturunan kita dan tidak memilih negara yang kita lahir. begitu banyak perkara yang kita tidak pilih.

Apa Yang Allah Inginkan Dari Kita Melalui Pilihan Kita?

Kemudian Allah S.W.T mewujudkan diri kita dan membuatkan perkara yang boleh kita pilih dan perkara yang kita tidak boleh pilih. Di situlah wujudnya apa yang Allah inginkan dari kita melalui pilihan kita. Namun begitu, ada perkara yang kita tidak ada pilihan lain kerana pada akhirnya kita pasti akan mati. Kita tidak ada pilihan lain dalam menentukan ibu dan ayah kita. Kita juga tidak ada pilihan lain dalam menentukan tempat mana kita lahir.

Kadang-kala, perkara yang sepatutnya ada pilihan, namun apabila tiba turn kita, tiba-tiba kita tidak ada pilihan lain. Sebagai contoh, kita bawa kereta dengan elok dan cermat, tetapi ada orang lain yang membawa kereta dengan tidak cermat lalu dengan tiba-tiba melanggar kereta yang kita bawa dan berlakulah kemalangan teruk yang boleh menyebabkan anggota badan kita cacat disebabkan cedera parah. Dari sudut kita, kita sudah memilih untuk tidak mahu melanggar orang lain iaitu dengan membawa kereta secara elok dan cermat. Namun begitu, itu adalah pilihan dan ketentuan-Nya yang membuatkan kita tidak ada pilihan lain.

Kehidupan Di Dunia Ada Pilihan Dan Tidak Ada Pilihan

Dengan itu, Allah S.W.T membahagikan kehidupan manusia kepada dua perkara iaitu perkara yang kita boleh pilih dan perkara yang kita tidak boleh pilih. Senang kata, kehidupan di dunia ada pilihan dan tidak ada pilihan. Kita hendak solat atau tidak solat, maka kita ada pilihan. Kita hendak menerima hidayah atau tidak, maka atas kita untuk memilih yang mana satu.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kahfi ayat 29: 

فَمَن شَاء فَلْيُؤْمِن وَمَن شَاء فَلْيَكْفُرْ
Maksudnya: "sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur yakni ingkar, biarlah dia mengingkarinya".

Tuhan bukan maksudkan kepada sesiapa yang mahu kufur, maka diperbolehkan untuk kufur. Bukan begitu maksud Tuhan. Apa yang Tuhan maksudkan ialah Tuhan bagi pilihan kepada manusia sama ada mahu beriman (insya-Allah) atau mahu kufur (Na'uzubillah).

Namun begitu, jika terdapat perkara yang kita tidak ada pilihan, maka Tuhan tidak akan sesekali menyalahkan diri kita. Tuhan tidak akan menyalahkan kita berkenaan dengan kenapa kita menjadi bangsa Melayu? Kenapa kita menjadi orang Malaysia? Kenapa dilahirkan dalam bangsa dan negara sekian-sekian? Tuhan tidak akan menyalahkan kita dengan perkara sedemikian. Bahkan Allah S.W.T akan menyalahkan orang yang menghina keturunan orang lain. Sesiapa yang menghina orang lain atas sebab keturunan seseorang itu, maka orang yang menghina itu memang patut dipersalahkan.

Sebab itu apabila Abu Dzar berkata kepada Bilal Bin Robah sepertimana berikut, "Wahai anak orang hitam". Lalu Nabi S.A.W berkata kepada Abu Dzar, "Engkau adalah satu orang yang padamu ada jahiliyah".


Misi Manusia Hidup Di Bumi

Apabila bercakap soal akidah, maka kita kenalah faham tentang latar ini dalam kehidupan manusia. Dalam perkara yang boleh kita pilih ini, Allah S.W.T menyuruh kita hidup di dunia ini atas sebab misi. Misi manusia hidup di bumi sebagai kehidupan dunia adalah sentiasa buat pahala dan kurangkan dosa, kemudian kembali kepada Allah S.W.T dalam keadaan pahala yang banyak melebihi bilangan dosa. Itulah yang sepatutnya matlamat hidup kita yang patut kita kejar seumur hidup kita iaitu dengan menghasilkan pahala melebihi daripada jumlah dosa yang pernah dibuat.

Kalau Tuhan menyuruh manusia balik kepada Allah S.W.T dalam keadaan dosa tidak ada langsung agar dapat dimasukkan ke dalam syurga nanti maka sudah tentu manusia tidak berjaya untuk kembali kepada-Nya dalam keadaan tiada sedikit pun dosa. Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa sama ada dosa kecil mahupun dosa besar. Sebab itulah Allah S.W.T menyuruh manusia kembali kepada-Nya dalam keadaan pahala kebaikan mengatasi dosa kejahatan.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Qaariah ayat 6-9:
فَأَمَّا مَن ثَقُلَتْ مَوَازِينُه
فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَّاضِيَةٍُ
وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُه
فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ
Maksudnya: "Siapa yang memiliki timbangan kebaikan itu lebih berat, maka dia akan berada dalam kehidupan yang diredhai (dimasukkan ke dalam syurga). Siapa yang memiliki timbangan kebaikan itu lebih ringan, maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka".

Jadi, misi kita dalam dunia ini adalah sama walaupun versi cerita kehidupan kita adalah berbeza-beza dengan jalan cerita yang banyak, tetapi kesimpulan yang sama pada akhirnya iaitu kembali kepada Allah S.W.T dalam keadaan...? Jika mahu melihat sambungannya, bolehlah menyambung video di bawah pada minit ke 7:00.

Terdapat satu kisah yang diceritakan oleh Dr. MAZA mengenai orang yang pergi berdakwah sepertimana geng-geng tabligh, dengan mengajak si tukang paip ikut serta dalam jemaah mereka dengan berkata bahawa jemaah mereka adalah lebih baik daripada urusan duniawi iaitu pekerjaan si tukang paip itu. Namun begitu, si tukang paip membuka bicara akhirnya menyedarkan mereka yakni geng-geng tabligh tersebut agar tidak terlalu fanatik dan taksub dalam suatu kelompok jemaah.



Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger