Searching...

Betapa Hebatnya Tuhan Kita Menciptakan Fitrah Yang Unik Ini

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dalam hayat manusia, tidak kira semua orang yang mana Allah S.W.T bekalkan kehendak-Nya untuk buat sesuatu yang baik. Begitu banyak perkara yang ada di atas dunia ini tidak perlu kita hendak terangkan kepada orang lain kerana orang biasa sememangnya sudah tahu. Hatta orang yang tidak menganut agama Islam pun tahu kerana Allah S.W.T menjadikan orang tersebut iaitu setiap manusia yang lahir ke bumi di atas fitrah. Betapa hebatnya Tuhan kita menciptakan fitrah yang unik ini buat manusia. Fitrah itu sudah semesti majoritinya merangkumi Islam kerana Islam itu memenuhi seluruh fitrah. Setiap anak dilahirkan atas fitrah. Setiap manusia sudah semestinya tahu bahawa buat baik kepada ibu bapa merupakan sesuatu yang baik.

Betapa Hebatnya Tuhan Kita Yakni Allah S.W.T

Tolong orang yang susah adalah sesuatu yang baik walaupun tidak ada seorang pun yang mengajarkan kepada seseorang itu. Apabila seseorang itu menolong orang yang susah, maka perasaannya dengan sendiri akan merasa baik. Buat baik kepada ibu bapa pun turut perasaan seseorang itu merasa baik. Maka orang tersebut akan berasa ketenangan, kebahagiaan, keceriaan dan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana itu memenuhi fitrah yang Allah S.W.T ciptakan untuk setiap manusia. Betapa hebatnya Tuhan kita yakni Allah S.W.T. SubhaanAllah.

Semua orang ada hasrat dan kehendak untuk berbuat baik. Apabila datangnya agama, maka agama menerangkan akan kebaikan-kebaikan itu. Kadang-kala agama menjelaskan perkara-perkara yang manusia keliru antara baik dengan tidak baik. Agama menjelaskan mengenai hukum-hakam. Apabila manusia mendengar seruan agama, dengan hujah dan dengan penjelasan yang betul maka manusia itu akan berasa hendak mengamalkan agama tersebut. Tetapi perasaan hendak mengamalkan agama itu tidak semua orang dapat meneruskannya kerana manusia seringkali tewas bukan kerana kehendaknya, tetapi kerana keazamannya tidak cukup kuat.

Doa Nabi S.A.W Ajar Untuk Memudahkan Kerja

Nabi S.A.W ada mengajarkan kepada kita tentang doa supaya kerja yang kita lakukan akan mendapat kesungguhan dan keazaman lalu kita akan menjadi cukup kuat dan tetap hati untuk melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai. Berikut adalah hadis berserta dalamnya ada doa sekali.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Nabi S.A.W ada mengajarkan doa seperti berikut. Nabi berkata kepada Asy-Syaddat Bin 'Aus, "Jika manusia menghimpunkan emas dan perak, maka kamu himpunkanlah kalimah-kalimah ini, di antara kalimah itu ialah, Allaahumma inni as alukath thabaata fil amri, waal 'azeemata 'alar rusydi, wa as aluka mujibati rahmatik, wa 'aza'ima maghfiratik, wa as aluka syukra ni'matik wa husna 'ibaadatik, wa as aluka qalban saleemaa". 

Maksud Doa Memudahkan Kerja Agar Tidak Berhenti Separuh Jalan

Berikut adalah maksud doa memudahkan kerja agar tidak berhenti separuh jalan yang telah disebutkan dalam hadis sebentar tadi, "Ya Allah, aku meminta kepada Engkau tetap di atas semua urusan yang baik".

Penerangannya, kita mungkin ada urusan yang baik dalam kehidupan kita, dan adakala kita belajar tidak habis sepanjang perjalanan hidup kita lalu keluar dan menyerah kalah. Selain itu, kita tidak tetap apabila ditimpa ujian sedikit, lalu kita pun turut menjadi lemah. Nabi S.A.W menyuruh kita meminta kepada Allah supaya Thaabat iaitu tetap di atas segala urusan dengan urusan yang baik.

Maksud seterusnya, "Dan keazaman yakni kesungguhan di atas perkara yang benar (petunjuk)".

Ini Nabi S.A.W meminta dalam doa. Setiap daripada kita ini, apabila kita hendak memulakan hari kita dengan kerjaya atau pekerjaan apa-apa seumpamanya, maka kita kenalah meminta kepada Allah S.W.T supaya Allah bagi kita sampai kepada penyudah segala kerja baik yang kita lakukan itu. Ramai orang yang mendapat peluang tertentu. Namun begitu, kesudahannya gagal menghabiskan peluangnya disebabkan ketandusan istiqomah. 


Istiqomah Yang Benar

Istiqomah yang benar bermaksud seseorang yang berdiri tetap dan teguh di atas jalan yang benar sehingga kepada penghujung hayatnya. Dalam hidup ini, bukan sahaja kita hendak supaya kita mampu berbuat baik, tetapi kita kena istiqomah untuk berbuat baik. Agar kita step forward dan step fast, maka kita terus berada pada kebenaran itu sehingga kepada penghujung hayat kita. 

Sebagai contoh, Nabi S.A.W membawa kebaikan dan kebenaran agama Islam, tetapi kaum Quraisy pada masa itu menuduh Nabi S.A.W sebagai tukang sihir. Dapat kita lihat bahawa Nabi S.A.W membawa agama Islam sehingga ke penghujung hayat baginda kerana Baginda S.A.W Thaabat yakni tetap. Azam dan tekad Nabi S.A.W itu semestinya tetap sehinggalah kita mendapat kurnia dan nikmat agama Islam hingga ke hari ini. Boleh rujuk video di bawah untuk sambungan kisah para Nabi terdahulu berkait dengan artikel ini yang akan diceritakan oleh Dr MAZA. Anda boleh meneruskan video dari minit ke 7:24:

 
Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger