Searching...

Air Kencing Unta Halal Diminum Dan Tidak Najis!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ada seorang kawan Dr. Rozaimi yang pergi mengerjakan umrah, lalu ustaz yang bagi guide padanya untuk pergi umrah telah membawanya pergi ke ladang susu unta. Tiba-tiba sebelah susu unta ada pula dijual satu botol secara zahirnya nampak macam air epal. Rupa-rupanya air kencing unta. Sudahlah air kencing unta itu dijual, mahal pula harganya. Lagi mahal harganya daripada harga susu unta di situ. Ada seorang pak arab pergi tuang susu unta bersama-sama dengan campuran air kencing unta lalu minum dengan selambanya di situ.

Hukum Minum Air Kencing Unta

Selepas melihat akan situasi sedemikian, maka kawan Dr. Rozaimi ini pun menanyai Dr. Rozaimi berkenaan dengan hukum minum air kencing unta tersebut. Untuk itu, Dr. Rozaimi menghuraikan bahawa jika kita terbiasa dengan perbahasan ulama', maka kekeliruan yang kita rasai akan berkurangan. Sebenarnya kita akan cenderung untuk berasa keliru terhadap perkara yang kita tidak tahu. Apabila kita sudah tahu, maka kekeliruan itu sudah pun dapat dihapuskan.

Untuk makluman berkenaan dengan tahi binatang dan air kencing binatang, ulama' ada beberapa pandangan. Pandangan yang pertama iaitu pandangan mazhab Syafi'i mengatakan bahawa tahi binatang dan air kencing binatang secara mutlaknya adalah najis. 

Air Kencing Unta Halal Diminum Menurut Hadis

Pendapat mazhab Maliki mengatakan sekiranya daging binatang sembelihan halal dimakan seperti kambing, lembu dan unta maka air kencing dan tahinya adalah tidak najis. Buktinya iaitu ada satu kaum yang dipanggil sebagai uroniun datang ke Madinah lalu jatuh sakit kerana disebabkan perubahan iklim yang kurang sesuai dan bukan kebiasaan bagi kaum tersebut. Sudah bermacam-macam berubat cara mereka pun masih belum sembuh jua, lalu mereka pun datang berjumpa dengan Nabi S.A.W. Lalu Nabi S.A.W pun bersabda kepada mereka supaya meminum susu unta bercampur dengan air kencing unta. Selepas mereka minum apa yang Rasulullah itu kata tadi, maka sembuhlah mereka daripada penyakit yang dialaminya akibat perubahan iklim tersebut.

Inilah hujah yang berkesan digunakan oleh mazhab Maliki dan Hambali bahawa air kencing unta halal diminum menurut hadis. Justeru, ini membuktikan bahawa air kencing dan tahi bagi binatang yang halal dimakan apabila disembelih, maka tidak najis kerana Nabi menyuruh mereka meminum air kencing unta berdasarkan hadis Nabi itu tadi.

Nabi Membenarkan Solat Di Kandang Kambing

Selain itu, ada bukti lain yang menunjukkan najis binatang ternakan yang boleh dimakan apabila disembelih adalah tidak najis sekiranya Nabi S.A.W ada membenarkan kita bersolat di dalam kawasan kandang kambing walaupun banyak terdapat tahi dan air kencing kambing. Namun begitu, Nabi tidak membenarkan kita bersolat di dalam kandang unta bukan kerana najis, tetapi di situ terdapatnya syaitan bertenggek.

Di samping itu, Nabi pernah bawa unta semasa bertawaf mengelilingi ka'abah sedangkan unta kebiasaannya akan kencing dan berak semasa berjalan. Kalau air kencing dan tahi unta najis, kenapa Nabi membawa masuk unta tersebut bersama-sama dengan baginda mengelilingi ka'abah semata-mata mahu bertawaf? Sudah tentulah air kencing unta dan tahinya tidak najis!

Ilmu Perbahasan Membuktikan Bahawa Islam Itu Luas

Kesimpulannya, jangan kita sesuka hati melabel kesemuanya najis jika kita belum bertemu dalil yang setaraf dengannya untuk dibuat penilaian. Apabila kita orang awam didedahkan dengan ilmu perbahasan, maka kita sebenarnya akan nampak bahawa Islam itu luas. Sedangkan tahi hidung yang ramai dalam kalangan kita menganggapnya sebagai kotor, tetapi hakikatnya tidaklah najis, malah sah boleh dibawa semasa menunaikan solat dan tidak membatalkan solat.

Air kencing unta dikira mahal harganya di Arab Saudi kerana mereka menganggapnya sebagai ubat. Jadi, harga ubat jika dibandingkan dengan minuman biasa malah jauh lebih tinggi jarak harga gamaknya. Justeru, air kencing kuda pernah dibuat vaksin dalam ilmu perubatan. Maka, tidak hairanlah sekiranya air kencing unta ada khasiatnya tersendiri. 

Wallahua'lam. Sumber dari Youtube Video Channel Dr. Rozaimi Ramle.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger