Searching...

Perbezaan Ahli Sunnah Dan Anti Hadis Dalam Memahami Dalil!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Apabila kita membaca Al-Qur'an, ada beberapa ayat yang seolah-olah memberikan gambaran bahawasanya hidayah adalah milik Allah S.W.T. Berikut antara ayat Al-Qur'an dari surah Al-Qashash ayat 56 yang mengatakan sedemikian:

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ 

Maksudnya: Sesungguhnya wahai Muhammad, kamu tidak akan memberikan hidayah kepada orang yang kamu cinta dan kamu sayang, tetapi Allah yang memberikan hidayah kepada orang yang Dia mahu. dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Ayat seperti di atas telah menjadikan sebahagian orang menganggap bahawasanya sama ada terima hidayah ataupun tidak menerima hidayah, hanyalah dengan kehendak Allah S.W.T. Namun begitu, kita kena tahu cara hendak memahami sesuatu dalil dalam hadis agar kita tidak tersalah tafsir mengenai dalil. Bukan setakat satu dua hadis. Hendaklah faham akan keseluruhan hadis yang datang daripada Nabi S.A.W. Sebab itu, terdapat perbezaan Ahli Sunnah dan Anti Hadis dalam memahami dalil yakni suatu perbezaan yang sungguh ketara.

 

Perbezaan Ahli Sunnah, Jabariyah Dan Qadariyah

Muncul satu golongan yang dikenali sebagai Jabariyah yang mengatakan, "Insan itu tidak ada benda lain yang mereka buat dan tiada pilihan bagi mereka, malah mereka hanya menjalankan kehendak Allah". Muncul pula satu golongan lain yang mengatakan, "Kalau Allah S.W.T pilih semuanya untuk kita bermakna Allah tidak adil. Mana boleh Allah hendak mengazabkan seseorang yang tidak diberikan hidayah dan tidak diberikan petunjuk sedangkan orang tersebut mungkin boleh menerima hidayah kalau Allah bagi". Lalu muncullah golongan yang dipanggil Qadariyah. Golongan Qadariyah mengatakan bahawa, "Insan diberi pilihan oleh Allah dengan mutlak. Tidak ada langsung ketentuan Allah, tidak ada langsung kehendak Allah yang memaksa kita. Semuanya kita yang pilih". Pada pendapat anda, siapakah golongan lain yang tidak dinyatakan itu? Jadi, mana satu golongan yang patut kita ikuti? Semestinya kita memilih Ahli Sunnah!

Hidayah Ditunggu Atau Dicari?

Persoalannya, sama ada hidayah ditunggu atau dicari? Istimewanya golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah, tidak memahami dalil secara berasingan daripada dalil-dalil yang lain. Pemahaman Ahli Sunnah berpendapat bahawa hidayah itu terletak di tengah-tengah antara ditunggu atau dicari kerana kita membaca ayat Al-Qur'an dan hadis secara keseluruhan dan memahaminya betul-betul lalu membuat kesimpulan daripada keseluruhan dalil-dalil dalam Al-Qur'an dan hadis tersebut. Kita tidak melihat hanya satu ayat Al-Qur'an dalam satu masa sahaja dan kemudian terus membuat kesimpulan. Tidak sama sekali! Kita melihat secara keseluruhan dalil-dalil yang terdapat dalam Al-Qur'an dan hadis lalu membuat kesimpulan dengan penuh bijaksana. Kita buat sebegitu kerana jika kita membaca hanya satu dalil dan terus membuat kesimpulan, maka kita akan menemui salah faham jika terdapat dalil-dalil lain dalam ayat Al-Qur'an yang bercanggah dengan dalil yang kita lihat dalam satu masa tersebut.
 

Golongan Anti Hadis Menolak Hadis Disebabkan Apa?

Hal ini yang menyebabkan sebahagian golongan anti hadis menolak hadis kerana mereka memahami satu hadis terasing daripada hadis-hadis yang lain. Sebagai contoh dalam satu hadis, "Bila dajjal itu keluar, ramai pengikut dajjal adalah dalam kalangan orang-orang Yahudi daripada Asfahan, Iran dan juga wanita". Pengikut dajjal yang paling ramai adalah dalam kalangan Yahudi dan wanita. Golongan wanita yang dimaksudkan di sini disangkanya orang-orang perempuan, maka ramai dalam kalangan wanita menggerakkan fahaman Feminism yang mana pembela hak-hak ibu tunggal dan wanita akan berkata, "Nabi bersikap seksis dalam masalah ini, dan nabi bersikap melebihkan orang-orang lelaki seolah-olah orang-orang perempuan ini macam jahat sangat". 
 

Hadis Akhir Zaman Dibaca Secara Keseluruhan

Sebenarnya kalau kita membaca hadis itu secara berasingan, maka kita akan faham hanya sampai setakat itu sahaja. Justeru, apabila kita memahami hadis akhir zaman secara keseluruhan, baru kita tahu dengan berdasarkan hadis Anas Bin Malik RadhiAllahuanhu, yang mana Anas berkata, "Aku akan membacakan kepada kamu satu hadis yang aku dengar daripada Nabi S.A.W yang mana orang lain selain daripada aku di zaman ini semuanya tidak pernah mendengar daripada Nabi secara langsung. Tinggal aku sahaja yang boleh membacakan hadis ini kepada kamu. Nabi S.A.W bersabda, 'Di antara tanda-tanda berlakunya kiamat itu, apabila ilmu itu terangkat (ilmu agama), maka akan banyak orang minum arak, akan berleluasa perlakuan zina, perempuan akan menjadi ramai, lelaki akan berkurangan sehinggakan orang perempuan itu seramai 50 orang akan diuruskan oleh seorang lelaki'".

Maksud ilmu terangkat apabila hampir nak kiamat nanti ialah berlaku kejahilan secara berleluasa. Selain itu, orang perempuan terlalu ramai pada akhir zaman sehinggakan 50 orang perempuan diuruskan oleh seorang lelaki, maka sudah pastinya tidak menjadi isu lagi sekiranya orang perempuan tersebut bilangannya terlalu ramai sampai tak dapat hendak dibayangkan lagi pada waktu itu dengan jumlah sedemikian yang akan mengikuti dajjal. Oleh itu, jangan sesekali kita memahami dalil hanya setakat satu dalil sahaja, lalu selepas itu terus membuat kesimpulan dengan terlalu cepat. Ini sangat bahaya. 

Wallahua'lam. Sumber daripada Youtube Channel Dr. Rozaimi Ramle.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger