Searching...

Proses Kejadian Manusia Dari Sudut Sains Dibuktikan Melalui Hadis Ini

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Syeikh Muhammad Al-Ghazali iaitu seorang tokoh dari Mesir telah menulis satu kitab yang berjudul As-Sunnatun Nabawiyah Baina Ahli Fiqh Wa Ahli Hadis. Maksud judul bukunya ialah sunnah Nabi di antara orang-orang fekah dan orang-orang hadis. Beliau mengkritik beberapa hadis walaupun hadis tersebut disahihkan oleh ulama'-ulama' sepanjang zaman. Antara hadis yang dikritik oleh beliau ialah berkenaan dengan proses kejadian manusia dari sudut sains yang dibuktikan melalui hadis. Kenapa beliau mengkritik hadis tersebut? Disebabkan oleh hadis seperti itu boleh membawa kepada pemikiran Jabariyah kononnya hidayah ini kesemuanya di tangan Allah sampaikan kita tidak ada ruang untuk berusaha.
 

Proses Kejadian Manusia Dari Sudut Sains

Contoh satu hadis mengenai proses kejadian manusia dari sudut sains yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud seperti berikut. Kata Ibnu Mas'ud, "Aku mendengar Nabi S.A.W bersabda, 'Setiap seorang daripada kamu, kejadiannya dihimpunkan dalam perut ibu selama empat puluh hari. Kemudian dalam tempoh 40 hari itu, dia akan menjadi alaqoh. Dalam tempoh 40 hari itu juga akan berlakunya mudghah. Kemudian Allah akan mengutuskan malaikat lalu malaikat akan disuruh untuk meniupkan roh'".

Menurut Abdullah Bin Mas'ud, Nabi S.A.W adalah orang yang benar dan bercakap betul. Perkataan Nabi dibenarkan oleh Tuhan. Sebab kenapa Ibnu Mas'ud berkata sedemikian? Ini disebabkan perkara yang hendak dicakap selepas itu adalah perkara yang mana orang tak tahu di zaman itu. Nabi hendak bercakap mengenai satu perkara yang mana pada zaman itu orang ramai tidak tahu.

 

Proses Kejadian Manusia Dalam Rahim Ibu

Nabi bercakap benar mengenai proses kejadian manusia dalam rahim ibu yang mana selama 40 hari proses tersebut berlaku dimulai dengan zigot sehingga membesar menjadi fetus. Pada asalnya zigot, akan menjadi alaqoh iaitu benda yang tergantung. Maksudnya peringkat awal janin, selepas berlakunya persenyawaan maka akan mengambil masa selama seminggu lebih kurang daripada 40 hari untuk melekatkan pada dinding rahim yang paling atas.

Dalam tempoh 40 hari tersebut akan berlakunya mudghah. Apa itu mudghah? Orang arab maksudkannya sebagai sesuatu yang digigit. Sebagai contoh, ambil doh tepung yang sudah siap diuli, lalu gigit doh tersebut, maka terbentuklah semacam mudghah iaitu kesan gigitan. Maka bentuk kesan gigitan tersebut akan berada pada janin dalam tempoh 40 hari sejak dari persenyawaan. Selepas melekat di dinding rahim, muncul bentuk seperti gigi semacam melengkung yang mana benda itu yang akan membentuk tulang belakang janin tersebut.

 

Bukti Roh Itu Ada

Kajian mengatakan bahawa seawal umur 40 hari kandungan sudah ditiupkan roh. Bukti roh itu ada setelah berlakunya zigot iaitu persenyawaan antara benih suami dengan benih isteri, maka diambilnya dalam masa selama seminggu untuk menjadikan pula alaqoh. Kemudian akan menjadi mudghah iaitu dalam masa 40 hari janin sudah mula bergerak. Benda yang hidup ada roh boleh bergerak pantas dengan kehendak sendiri.

Apa bukti benda boleh bergerak sendiri dianggap sudah ada roh di dalamnya? Buktinya pokok hidup tetapi tidak ada roh dan tidak boleh bergerak dengan kehendak sendiri. Selain itu orang yang dalam keadaan tidur, tidak boleh bergerak mengikut kehendak sendiri. Kalau bergerak pun dirinya masih tidak sedarkan. 

 

4 Perkara Rahsia Allah Sejak Alam Rahim

Sambungan hadis tersebut, kata Nabi S.A.W, "Kemudian malaikat disuruh oleh Allah menulis 4 perkara. Malaikat akan menulis kadar rezeki janin dan ajal janin dan amalan janin dan akhir hidupnya sama ada masuk syurga atau neraka".

Menurut hadis tersebut, 4 perkara rahsia Allah sejak alam rahim ditulis oleh malaikat. Apa benda 4 perkara tersebut? Malaikat akan menulis berkenaan dengan kadar rezeki. Banyak mana rezeki yang boleh manusia dapat masa hidupnya itu nanti. Selepas itu malaikat menulis berkenaan dengan ajal iaitu bilakah seorang manusia itu akan mati. Kemudiannya pula malaikat menulis mengenai amalan seorang manusia tersebut. Banyak mana amalan yang dibuat oleh seorang manusia itu ketika berada di dunia nanti. Dan yang terakhir, malaikat menulis mengenai kesudahan hidup manusia itu adakah akan dimasukkan ke syurga atau ke neraka? Sebelum kita lahir iaitu baru 40 hari dalam perut ibu, malaikat sudah tulis 4 perkara sebegini.

 

Amalan Manusia Dikira Berdasarkan Oleh Penutup?

Sambungan hadis selanjutnya pula iaitu kemudian Nabi S.A.W ada menyebut, "Demi Tuhan yang tidak ada Tuhan yang lain selain daripada-Nya, salah seorang daripada kamu mungkin beramal dengan amalan ahli syurga sehingga tidak tinggal jarak antara dia dengan ahli syurga melainkan hanya dengan satu hasta. Tetapi catatan Tuhan telah mendahului, maka dia beramal dengan amalan ahli neraka. Dan mungkin salah seorang daripada kamu beramal dengan amalan ahli neraka sehingga tidak tinggal antara dia dengan ahli neraka melainkan hanya dengan satu hasta. Tetapi catatan Tuhan telah mendahuluinya maka dia beramal dengan amalan ahli syurga". Inilah yang disebut amalan itu akan dikira berdasarkan dengan penutup.

Amalan manusia dikira berdasarkan oleh penutup hayat manusia itu sendiri. Kalau pengakhiran hayatnya iaitu seorang manusia itu mati dalam keadaan Islam, maka amalan baik sebelum itu dikira. Namun begitu, jika seseorang itu mati dalam keadaan kufur maka kesemua amalan baik sebelum itu tidak dikira sebagai amalan yang baik.

 

Kritik Habis Hadis Tersebut

Dengan itu, Syeikh Muhammad Al-Ghazali kritik habis hadis tersebut di atas kerana ada berbaur Jabariyah seolah-olah hendak memberitahu kepada kita bahawa manusia tidak perlu berusaha kerana sebelum lahir lagi, Allah S.W.T sudah tulis masa depan bagi seseorang manusia tersebut. Bahkan dalam hadis Tirmidzi lagi jelas penerangannya. Boleh rujuk video sumber rujukan daripada Dr. Rozaimi Ramle berkenaan dengan hadis Tirmidzi yang berikutnya di bawah:

Kesimpulannya ialah jawapan bagi Nabi S.A.W iaitu dengan mengatakan bahawa kita hendaklah menjadikan amalan kita tepat dengan kehendak Allah dan Rasul iaitu selari dengan apa yang ditunjuk oleh Allah dan Rasul. Dari segi kuantiti amalan kita jika tidak mampu untuk buat dengan begitu banyak, maka jadikan amalan tersebut sempurna selagi mana kita mampu untuk lakukan.

Wallahua'lam. Sumber dari Youtube Channel Dr. Rozaimi Ramle.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin tips-tips terbaru untuk kesedaran? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

2 comments:

  1. jabariyah dan qadariyah memang pemahaman yang dibantah para ulam ahlusunnah sejak jaman dulu

    ReplyDelete
  2. sebenarnya makhluk manusia yang ada dibumi ada dua jenis yang sama bentuknya yang tidak ada sedikit perbezaan pada pandangan mata kasar iaitu manusia dat dan manusia zarah.manusia dat ini adalah manusia yang juga berdarah merah yang sama dengan manusia zarah yang tidak ada kuasa ghaib pada pandangan manusia zarah tetapi lebih berkuasa dari sudut kekebalan serta ketahanan yang tidak lemah berbanding manusia zarah.manusia dat ini berbeza pada batin iaitu bernafsi yang bernaluri dan manusia zarah bernafsu yang berjiwa.tujuan utama penciptaan manusia dat ini adalah sebagai perantara yang berkuasa di dunia kenyataan sebagai penggubalan undang-undang dunia serta pembuatan alat perhubungan pengangkutan untuk kehidupan manusia zarah.selain itu kepentingan manusia dat ini adalah bersabitan dengan kelahiran manusia zarah.setelah siapnya bumi dengan adanya tumbuhan serta haiwan maka bermula peringkat pertama kejadian manusia dat .manusia dat ini dijadikan seperti sebiji telur yang dieram dan menetas iaitu yang dijadikan diluar bumi di sebuah planet dikenali sebagai arashaq yang telah dicipta khas dengan kecanggihan teknologi berkuasa tinggi yang bersifat keghaiban kenyataan seperti sebuah surga.disanalah berlaku penciptaan manusia dat bermula dari seperti telur yang menetas dan lahir sebagai bayi dijaga dikendalikan oleh kecanggihan jentera berteknologi tinggi yang bersifat seperti sistem robotik seumpama kilang kereta yang menyiapkan sebuah kereta tanpa sentuhan manusia.bayi ini akan ditidurkan (seperti roh manusia yang ditidurkan)sehingga cukup matang.setelah perkembangan manusia dat ini cukup maka akan diturunkan ke bumi dengan kapal roket yang telah diciptakan khas seperti dunia arashaq secara berperingkat-peringkat.setelah berada di bumi manusia dat ini akan belajar hidup seluruh perkara berkait kehidupan sambil berlaku perkembangan manusia dat melalui pernikahan yang melahirkan lebih ramai manusia dat bagi tujuan amat penting iaitu kejadian manusia zarah.setelah bersedia seluruhnya maka berlakulah kejadian manusia zarah dengan diturunkan benih akik(lelaki) dan benih atit(perempuan) dengan berlaku proses cantuman benih yang dikenali sebagai bayi tabung uji yang akan disuntik benih manusia zarah kerahim manusia dat wanita.begitulah berhasilnya manusia zarah dengan kandungan yang dilahirkan dan secara automatik pasangan manusia dat akan menjadi ibu dan bapa.maka tidak hairanlah manusia zarah ini untuk hidup di bumi yang ditunjuk ajar oleh manusia dat.setelah cukup perkembangan manusia zarah di bumi dalam masa 42 tahun maka berlaku pula sistem pegangan hidup kepercayaan agama dengan kelahiran nabi adam yang dikirakan lahir pada hari akil 1-1-0042musim awal jam 6.00pagi.di negara oman.kelahiran nabi adam seperti kelahiran manusia zarah dalam keluarga manusia dat sebagai perantara khas yang dikenali sebagai jienneiy.perantara khas ini bermaksud sebagai penjagaan serta pendidikan nabi.begitu juga hawa isteri nabi adam dilahirkan oleh keluarga manusia dat jienneiy pada hari akil 1-1-0049 awal musim jam 6.00 pagi di negara thailand..sekian..

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger