Searching...

Sambut Maulid Nabi Sama Ada Boleh Atau Tak Boleh Masing-masing Ada Hujah!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bolehkah Sambut Maulid Nabi? Orang yang kata sambut maulid Nabi merupakan bid'ah, lalu dikecam oleh orang yang mengatakan sambut maulid Nabi ini dikatakan bagus. Orang yang kata sambut maulid tersebut bid'ah, mereka ada hujah, yang kata tiada bid'ah pun mereka ada hujah. Masing-masing sudah menegakkan hujah, jadi tidak perlulah bergaduh.

Sambut Maulid Nabi Dikaitkan Dengan Contoh Situasi

Terdapat contoh yang boleh dikaitkan dengan situasi sambut maulid Nabi ini iaitu qunut nazilah. Ada ulama' mengatakan orang yang tadah tangan semasa qunut nazilah adalah bid'ah. Ulama' mazhab Syafi'i mengatakan tadah tangan bukan sunnah dalam qunut nazilah.

Imam Nawawi tidak setuju pendapat yang mengatakan hukum bid'ah jika tadah tangan untuk qunut nazilah, lalu membawa pendapat daripada Ibnu Umar dan Ibnu Mas'ud untuk menegakkan hujahnya dengan mengatakan bahawa tadah tangan merupakan sunnah Nabi dalam qunut nazilah. Tetapi Imam Nawawi walaupun tidak bersetuju dengan pendapat ulama' mazhab Syafi'i tersebut, tetapi tidak pernah mengatakan yang bukan-bukan seperti orang-orang sekarang yang mana apabila ada percanggahan sedikit, terus-menerus melabel orang yang bercanggah sedikit dengan gelaran Wahabi.

Bab Maulid Nabi Dan Orang Yang Kuat Makan

Dalam bab maulid Nabi, ulama' zaman silam yang mengatakan bid'ah antaranya Asy-Syatibi. Malah Al-Faqihani dari mazhab Maliki mengatakan orang yang menyambut maulid Nabi adalah daripada golongan orang yang kuat makan.

Maulid Nabi yang disambut setiap tahun berulang-ulang kali sebenarnya para sahabat Nabi tidak pernah buat. Lalu ulama' berbeza pendapat bilakah tarikh Nabi dilahirkan? Ada yang mengatakan 8, 9, 10, 11, dan 12hb mengikut kalendar hijrah. Sebab itulah disebut bid'ah untuk sambutan maulid Nabi sebegini.

Orang yang mengatakan sambutan maulid Nabi adalah bid'ah hasanah adalah disebabkan faedahnya untuk orang awam dapat diceritakan dan diingati mengenai kisah perjuangan Nabi Muhammad S.A.W semata-mata untuk memberi semangat baru kepada orang ramai bersempena daripada iktibar kisah suka-duka dan jerih-perih Nabi dalam memperjuangkan Islam hingga kita dapat merasakan sampai ke hari ini. 

Wallahua'lam. Sumber dari Youtube Channel Dr. Rozaimi Ramle.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger