﷽
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Di dalam masyarakat manusia, Allah S.W.T jadikan satu sama lain tidak sama. Di antaranya adanya miskin dan kaya. Maka ada hikmah disebaliknya. Miskin walaupun tidak diminta, ia diperlukan. Kaya juga diperlukan di dalam masyarakat lebih-lebih lagi. Adanya miskin dan kaya adalah satu keindahan. Di situlah adanya kerjasama dan saling memerlukan antara satu sama lain.
Kalau semua orang kaya, kaya yang tidak mempunyai erti apa-apa. Kerana banyak keperluan hidup orang kaya tidak mampu dilaksanakan sekiranya ketiadaan tenaga buruh seperti orang gaji atau pekerja kilang. Tiada siapa yang boleh mengerjakan sesuatu kerja yang melibatkan tenaga kerja sekiranya ramai yang menjadi kaya. Ertinya akan terjadi kaya yang menyusahkan.
Kalau semuanya miskin, lagi menyusahkan dan menyulitkan (faham-fahamlah). Adanya fakir miskin membolehkan si kaya membela, maka dapat pahala amal jariah. Timbul kasih sayang daripada bantuannya. Fakir miskin mendapat hiburan daripada pembelaan. Oleh itu, terjalinlah di antara orang kaya dan orang miskin, suatu jalinan persaudaraan.
Persaudaraan tidak ada manusia yang menolaknya. Fitrah manusia semuanya sama, persaudaraan diperlukan. Bukankah indahnya adanya miskin dan kaya, bilamana setiap orang itu berfungsi mengikut kedudukannya. Lahirlah buahan ukhuwah dan perpaduan. Memang semua orang sangat memerlukan. Kalau begitu apalah yang menjadi masalah dengan kemiskinannya? Tidak ada masalah, kerana masalah itu membawa kebaikan. Melainkan setelah manusia rosak jiwanya. Si miskin tiada sabarnya, si kaya tidak mahu membela si miskin maka lahirlah dua puak yang begitu jauh jurangnya antara satu sama lain sentiasa saling bermusuh-musuhan. Akibatnya kedua-dua puak mendapat kesusahan.
Di bawah adalah lirik lagu [Hukum Tuhan] yang dinyanyikan oleh kumpulan Hijjaz. Sama-samalah kita hayati maksud liriknya kerana ada kaitan dengan apa yang saya terangkan di atas:
Buatlah yang baik pada manusia
Dengan kerelaan serta keikhlasan
Jerih payah kita tidak sia-sia
Tuhan dah berjanji memberi balasan
Pabila yang baik kita lakukan
Balasan yang baik akan gantinya
Itu semua usah ragukan
Berlipat ganda kelak kan datang gantinya
Demikian pula perbuatan buruk
Semuanya itu akan diganjar
Meskipun betapa pandainya menyorok
Namun hukum Tuhan akan mengejar
Tuhan telah jelas menyatakan
Amal buruk jangan dikerjakan
Siapa berbuat akan merasakan
Azab dan siksaan sebagai balasan
Wallahua'lam.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.

Anda ingin tips-tips terbaru untuk kesedaran? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:
0 Comments:
Catat Komen